29
Fri, Mar

OP PERTIWI | SEORANG PEKERJA SANGKAR IKAN MEMILIKI DAUN KETUM DITAHAN

GEORGETOWN, 28 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan seorang pekerja warga Myanmar di atas sebuah sangkar ikan kerana memiliki bungkusan mengandungi daun ketum.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, perkara itu dikesan anggota Maritim Malaysia ketika melakukan rondaan rutin dan pemeriksaan OP PERTIWI ke atas sebuah sangkar ikan di kawasan Sungai Udang di kedudukan 2.4 batu nautika barat Batu Kawan pada sekitar jam 8.50 malam tadi.

Hasil pemeriksaan mendapati, warga Myanmar berusia 47 tahun itu mempunyai dokumen pengenalan diri (passport) yang sah dan bersamanya bungkusan daun ketum yang dianggarkan seberat 300 gram ditemukan.

Pekerja sangkar ikan ini disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Racun 1952 kerana menyimpan dan memiliki daun ketum.

Dia ditahan dan bungkusan daun ketum bersamanya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha atau individu yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2023 01 28 at 10.27.02 1 
 
WhatsApp Image 2023 01 28 at 10.27.02 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON