28
Thu, Mar

BOT NELAYAN DITAHAN LANGGAR SYARAT LESEN DAN GAJIKAN PATI

GEORGETOWN, 27 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan pada sekitar jam 12.03 tengah hari semalam. 

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, penahanan itu dibuat oleh Kapal Maritim Malaysia ketika melakukan pemeriksaan terhadap sebuah bot nelayan tempatan kelas C dalam rondaan OP PERTIWI dan OP TANJUNG baru-baru ini.

Bot nelayan tempatan yang berpangkalan di Bagan Hutan Melintang, Perak itu ditahan pada kedudukan 21 batu nautika barat daya Pulau Kendi.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot dikendalikan oleh seorang tekong dan lima kru, kesemuanya warga Myanmar berumur antara 24 hingga 33 tahun.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, dua daripada kru tidak mempunyai sebarang surat pengenalan diri yang sah dan pemilik bot telah melakukan kesalahan menggajikan warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.

Mereka disyaki Melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot serta kesemua kru ditahan termasuk 50 kilogram hasil laut sebelum dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia mendapati masih terdapat segelintir pengusaha atau pemilik bot yang berdegil menggunakan pendatang tanpa izin (PATI) untuk bekerja di atas bot mereka walaupun tangkapan dan amaran dibuat sebelum ini.

Maritim Malaysia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

 

WhatsApp Image 2023 01 27 at 08.30.51
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON