KUCHING, 9 MEI – Dua anggota Maritim Negeri Sarawak iaitu Laskar Kanan Maritim Mohd Adha bin Mohamed Zabidi dari KM MENGALUM dan Laskar Kanan Maritim Mohd Yusriza bin Alias dari KM KOTA KINABALU terpilih menyertai kontijen Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak ke Perlis.
Kedua-dua anggota Maritim Malaysia itu terlibat dalam sukan hoki di Kejohanan Peringkat Kebangsaan MAKSAK GAMES 2024 yang bermula hari ini sehingga 12 Mei di Kangar.
Terdahulu satu Majlis Penyerahan Bendera Kontijen MAKSAK Sarawak ke kejohanan itu telah diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak dekat sini, semalam.
Majlis itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Yang di Pertua MAKSAK Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki.
Turut hadir menyaksikan penyerahan bendera kontijen ialah Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak merangkap Setiausaha Kehormat MAKSAK Sarawak, Haji Semawi Haji Mohamad.
Bagi edisi kejohanan kali ini, MAKSAK Sarawak menghantar seramai 19 orang pegawai dan peserta bagi sukan Hoki dan 11 orang pegawai dan peserta bagi sukan Berbasikal.
Tahniah dah syabas diucapkan kepada kedua-dua anggota yang terlibat, secara tidak langsung mengharumkan nama Maritim Malaysia ke persada sukan penjawat awam di peringkat kebangsaan.
(Kredit gambar : MAKSAK Sarawak)