KUALA PERLIS, 10 MAC - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Zon Maritim Kuala Perlis telah mengadakan majlis pemakaian pangkat Kadet Kanan PASKAM Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) semester ke 4/2020 bertempat di pejabat Zon Maritim Kuala Perlis pada 07 Mac lalu.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan PSSM dan PASKAM Ibupejabat APMM, Komander Maritim Norihan Bin Ngah, wakil daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Leftenan Madya Maritim Kehormat Norazam Bin Abd Rahid serta pegawai-pegawai dan jurulatih Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM).
Pemakaian pangkat tersebut membabitkan penglibatan seramai 45 orang penerima pangkat Kadet Kanan PASKAM semester 4/2020 serta 42 orang Kadet PASKAM semester 2/2020 yang telah dipilih sebagai projek rintis untuk pelaksanaan PASKAM bermula pada pengambilan pelajar sesi September tahun 2018 sidang akademik 2018/2019. Majlis ini julung kali diadakan sebagai penghargaan kepada Kadet PASKAM UniMAP kerana telah mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi dan mampu mengharungi halangan serta cabaran sepanjang latihan diadakan.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah berkata kewujudan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang tanggungjawab Maritim Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang di perairan negara. Latihan dan aktiviti yang diterapkan dapat membentuk para pelajar menjadi individu yang berdisiplin dari segi mental dan fizikal sebagai persediaan menjadi pemimpin pada masa hadapan.
Tambah beliau, pelaksanaan Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) turut memberi impak kepada agensi untuk menarik minat serta memberi pengetahuan kepada orang awam bermula dari peringkat sekolah hingga ke IPTA tentang peranan dan fungsi sebenar Maritim Malaysia sebagai penguat kuasa di Zon Maritim Malaysia (ZMM).
“Pelaksanaan majlis pemakaian pangkat ini adalah bagi meningkatkan moral Kadet PASKAM untuk meneruskan latihan pada semester seterusnya. Sesungguhnya kewujudan PASKAM adalah sebagai langkah dan platform kepada para pelajar bagi memupuk kesedaran menjaga perairan negara serta semangat cintakan negara. Pengiktirafan ini merupakan mekanisme penghargaan terhadap jasa dan sumbangan yang diberikan bagi meningkatkan moral dan motivasi Kadet PASKAM kerana UniMAP merupakan IPTA pertama (Pilot Project) yang menawarkan kursus badan beruniform PASKAM sebagai kursus baru di universiti tersebut’’, jelasnya.
![]()
![]()
![]()
![]()
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

















.svg.png)

