21
Sel, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

5 ORANG NELAYAN WARGA TEMPATAN BERSAMA 4 BUAH BOT DITAHAN MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 15 Oktober – 4 buah bot nelayan tempatan bersama 5 orang nelayan warga tempatan ditahan di kedudukan 2.5 batu nautika dari Muara Nenasi kemarin.  

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud berkata, bot berkenaan ditahan ketika rutin pemeriksaan oleh sepasukan anggota Bot Maritim yang ketika itu sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan Pekan Kuantan, katanya.

4 buah bot nelayan tempatan yang dinaiki 5 orang warga tempatan itu ditahan kira-kira pada jam 12.30 tengah hari kemarin dan difahamkan keempat-empat bot tesebut gagal mempamirkan lesen bot yang sah. Bot berkenaan berpangkalan di Nenasi, Pekan di tahan dengan tangkapan mencecah 52 kilogram.

Kesemua nelayan tersebut berumur lingkungan 27 hingga 58 tahun serta bot ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai lesen dan melanggar syarat-syarat lesen.

Pihak Maritim akan bertindak tegas kepada bot nelayan yang melanggar syarat lesen menangkap ikan dan melakukan pencerobohan zon tangkapan ikan. "Maritim tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang pada sesiapa yang melanggar undang-undang dilaut bagi memelihara hidupan marin supaya tidak terjejas," katanya.

 1   2 

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

PROGRAM PELUPUSAN ABU AL-QURAN KE LAUT DI ANTARA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PAHANG (JAIP) BERSAMA MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 23 September – Jabatan Agama Islam Negeri Pahang melalui Unit Penapisan Media, Bahagian Penyelidikan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Maritim Negeri Pahang telah mengadakan Program Pelupusan abu Al-Quran bertempat di Jeti Polis Marin Wilayah 3 Kuantan, Pahang. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang. Turut serta dalam program pelupusan ini Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud, Pengarah Maritim Negeri Pahang.

Kerjasama dalam program pelupusan abu Al-Quran ini telah dilaksanakan bermula pada tahun 2017 iaitu sebanyak 2.5 tan abu Al-Quran telah dilupuskan. Manakala pada tahun ini, sekali kali dalam program yang sama melalui kerjasama JAIP dan Maritim Negeri Pahang telah melupuskan 1.5 tan abu Al-Quran ke laut lebih kurang 10 batu nautika dari Kuantan.

1     2
     
 4    3

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DI LAUT BERSAMA KOMUNITI NELAYAN KAWASAN KUBANG BADAK LANGKAWI

LANGKAWI, 28 September- Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis (IPMNKP) telah menganjurkan Program Kesedaran Keselamatan di laut dan sesi dialog bersama Persatuan Nelayan Kawasan Kubang Badak pada pagi ini bertempat di Pengkalan Kubang Badak langkawi.

Program yang dipengerusi oleh YBhg. Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis telah  dihadiri oleh Ketua Pengkalan Nelayan Kudang Badak Encik Abu bin Ramly bersama komuniti nelayan dari kawasan sekitar.

Antara intipati program yang dilaksanakan ini adalah untuk memupuk kesedaran dikalangan komuniti maritim perihal langkah-langkah keselamatan yang wajib dilakukan ketika melakukan sebarang aktiviti dilaut seperti memakai jaket keselamatan ketika di laut dan penyediaan alat-alat keselamatan asas di bot.

Selain Taklimat Keselamatan Di Laut yang disampaikan oleh Leftenan Komander Maritim Muhamad Azizol bin Azmi, Penolong Pengarah Bahagian Carilamat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, sesi dialog turut diadakan bagi mendalami masalah yang dihadapi oleh komuniti nelayan serta untuk mengeratkan ikatan silaturrahim antara komuniti maritim dan Maritim Malaysia yang sedia terjalin.

7c8853aa bae1 42a3 9e53 c1c225c2ed84    edfdcbfc 09e0 4ddf 9fb9 0a69511c31be 
     
235b4409 dac4 445b 8fa0 a9bc63c623b4   3aaf0914 2a42 4a63 8106 23f3d2d076da

KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN PENYELAMAT DI AIR

KANGAR, 1 Oktober - Buat julung kalinya Zon Maritim Kuala Perlis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis menganjurkan Kursus Pengukuhan Pasukan Penyelamat Di Air yang berlangsung selama 3 hari di Ibu Pejabat Bomba Negeri Perlis membabitkan 3 fasa iaitu fasa taklimat, fasa di kolam renang dan fasa di sungai.

Seramai 11 orang pegawai dari Zon Maritim Kuala Perlis dan 15 orang pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis terlibat dalam kursus ini di mana mereka diberikan pendedahan mengenai tatacara menyelam serta teknik mencari dan menyelamat didalam air daripada jurulatih selam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis iaitu Tuan Fauzi bin Ab Rahman.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing berkata, kursus ini merupakan salah satu kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut.

071fa3ba 490f 4e77 9f47 dc6481c51091    b658cf3e 7e53 4767 a694 803de75aede7 

LAWATAN KERJA RASMI PEGAWAI KEHORMAT PASUKAN KADET MARITIM MALAYSIA (PASKAM) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) KE ZON MARITIM KUALA PERLIS

KUALA PERLIS, 28 September - Pegawai Kehormat Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) iaitu Leftenan Komander Maritim Kehormat Tn. Haji Mohd Saad bin Din, Leftenan Komander Maritim Kehormat Dr. Mahyun binti Abd Wahab dan Leftenan Maritim Kehormat Dr. Abdul Haqi bin Ibrahim telah  membuat lawatan kerja rasmi ke Zon Maritim Kuala Perlis pada jam 3.00 petang tadi. Kunjungan lawatan kerja rasmi ini telah disambut baik oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Syafie bin Haji Paing bersama Pegawai Penyelaras PASKAM UniMAP, Leftenan Maritim Mohammad Zaimi bin Haji Yakub.

Lawatan ini merupakan kunjungan yang julung kali diadakan oleh Pegawai Kehormat Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) ke atas Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing semenjak pelantikan beliau yang berkuatkuasa pada 9 Julai 2020 lalu.

Dalam rangka lawatan ini, mereka telah diberikan taklimat serta perkongsian maklumat berkenaan latihan yang akan dilaksanakan kepada Kadet PASKAM UniMAP pada masa akan datang. Selain

 

e3189de1 d777 46d6 8333 9559331451e5

 

 

 

 

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC