PUTRAJAYA, 31 Disember - Dua Pegawai Kanan Maritim Malaysia telah diraikan hari ini dalam satu majlis sempena persaraan perkhidmatan mulai esok, 1 Januari 2021.Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Pengawasan Maritim (BPPM), Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar bersara wajib, manakala Ketua Cawangan Penguatkuasaan dan Latihan Operasi (BPPM) Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan pula bersara atas pilihan.Berikutan itu, Majlis Serah Terima Tugas Pengarah BPPM turut diadakan dalam majlis berkenaan yang disaksikan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman bin Abu Hassan.Setelah berkhidmat selama 26 tahun bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar telah melanjutkan kerjayanya bersama Maritim Malaysia selama 15 tahun.Manakala, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan telah berkhidmat selama 21 tahun bersama TLDM sebelum menyertai Maritim Malaysia dan menamatkan karier beliau di sini, hari ini.Hari ini merupakan hari akhir perkhidmatan mereka dan telah diraikan dalam majlis JasaMu DiKenang serta istidat ‘street lining’ yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.Seluruh warga Maritim Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar serta Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan di atas segala jasa dan sumbangan bakti kepada Maritim Malaysia selama perkhidmatan.
![]()
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

