window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); STAR TEAM CIPTA SEJARAH, KURSUS ASAS KOMANDO PERTAMA LAHIRKAN 13 OPERATIF BAHARU
05
Jum, Dis

Grid List

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

ABF 'TURUN PADANG' SERTAI RONDAAN MARITIM DI PULAU PINANG

STAR TEAM CIPTA SEJARAH, KURSUS ASAS KOMANDO PERTAMA LAHIRKAN 13 OPERATIF BAHARU

KUANTAN, 27 NOVEMBER – Seramai 13 penuntut, terdiri daripada seorang pegawai dan 12 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Agensi Pengutkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Siri 1/2025, sekali gus menjadi detik bersejarah kepada Agensi ini kerana buat pertama kalinya ia dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih STAR Team.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, kursus ini membuktikan kemampuan STAR Team berdiri sebagai pasukan elit yang mampu merancang, melaksana dan menilai kursus komando sepenuhnya mengikut standard profesional.

“Pelaksanaan kursus ini selaras dengan Arahan Ketua Pengarah Bil. 10 Tahun 2024, yang memberi mandat kepada STAR Team melahirkan operatif melalui acuan sendiri mengikut piawaian operasi sebenar di lapangan,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup program tersebut di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan Pahang di sini hari ini.

Hadir sama ke majlis, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun serta Komander STAR Team, Kepten Maritim Syuzefril bin Mat Noor serta barisan Pengarah Bahagian Ibu Pejabat dan Pengarah Maritim Negeri.

Sebagai tanda hormat dan pengiktirafan, turut hadir ialah Panglima Pasukan Khas Udara (PASKAU), Brigadier Jeneral Mohd Zairul Hisham bin Muhamad Ibrahim TUDM, Pegawai Memerintah KD Panglima Garang Pasukan Khas Laut (PASKAL), Komander Mohd Salleh Abdul Rahman TLDM serta Timbalan Komander Kepolisian AM Unit Tindakhas PDRM, Superitenden Saharim bin Kamis.

Dalam ucapannya, Datuk Haji Mohd Rosli turut merakamkan ucapan tahniah kepada 10 jurulatih dalaman STAR Team yang berjaya mengendalikan kursus ini dengan cemerlang.

Menurut Datuk Haji Mohd Rosli, kursus intensif hampir empat bulan itu melibatkan proses pemilihan yang ketat, termasuk modul jati diri, Larian Mara Lasak (LARAK), Ujian Kecergasan Air dan Darat serta ujian fobia tempat tinggi dan tempat sempit bagi menilai ketahanan fizikal dan mental penuntut.

Kursus tersebut merangkumi Fasa Pra Asas, diikuti Fasa SERE (Survival, Evasion, Resistance and Escape) yang melibatkan ikhtiar hidup di paya, hutan dan laut, sebelum memasuki Fasa Asas Kepakaran dengan modul seperti Tempur Jarak Dekat, Letupan Khas, Pengiring Orang Kenamaan, Special Ship Boarding, Sniper, Sabotaj, Perisikan dan Menyelamat Khas.

“Modul-modul berkenaan dibangunkan melalui bengkel bersama AMSAS pada tahun 2024,” katanya lagi.

Sementara itu, Datuk Haji Mohd Rosli turut memaklumkan, selain kursus ini, Maritim Malaysia juga dalam usaha membangunkan fasiliti latihan STAR Team di Zon Maritim Kemaman, melengkapkan set kelengkapan operatif STAR Team selain rancangan perolehan bot tempur, close circuit breathing apparatus (CCBA) atau rebreather dan perolehan payung terjun.

Terdahulu dalam ucapan yang sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua penuntut atas semangat dan ketabahan mereka sepanjang menjalani kursus tersebut.

“Kalian telah membuktikan bahawa keperitan, kecekalan dan semangat juang tinggi adalah pembentuk watak seorang operatif STAR Team. Hari ini, kalian layak menyarung beret Laskar Merah Saga dengan penuh kebanggaan,” ujarnya.

Pada peringkat awal, seramai 15 penuntut menyertai kursus ini, namun dua daripadanya terpaksa menarik diri akibat kecederaan dan tidak melepasi piawaian Ujian Kecergasan Air (UKA), menjadikan 13 penuntut berjaya menamatkan keseluruhan latihan tersebut.

POP STAR TEAM2
 
POP STAR TEAM4
 
POP STAR TEAM3
 
POP STAR TEAM5

Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC