window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); BERITA UTAMA
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

CUBAAN SELUDUP KELUAR BARANG KAWALAN DI LAHAD DATU GAGAL

LAHAD DATU, 22 OGOS – Zon Maritim Lahad Datu menahan sebuah bot pam warna hijau tanpa nombor pendaftaran yang dikendalikan oleh seorang kru dalam keadaan mencurigakan lebih kurang 0.5 batu nautika Timur Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu Sabah awal pagi tadi.

Pengarahnya, Komander Maritim Dzulfikhar Bin Ali berkata, bot ronda Maritim Malaysia berjaya mengesan sebuah bot pam terbabit melalui maklumat awam sekitar jam 12.10 pagi tadi.

Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa 35 tong gelen kosong anggaran setiap tong 20 liter disyaki untuk mengisi dan menyeludup minyak petrol bagi tujuan dibawa ke luar dari negara ini.

Beliau turut memaklumkan, kru bot terbabit berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke pesisir pantai berhampiran setelah menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia.

Bot seterusnya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta kawalan Bekalan 1961.

Turut dirampas 35 tong gelen kosong, wang tunai dalam nilai matawang asing dan ringgit, sebuah bot pam dan dua buah enjin pam dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM8 ribu.

Jika terdapat sebarang maklumat berkaitan salah laku atau kegiatan jenayah di laut orang ramai boleh menyalurkannya kepada Maritim Malaysia di talian 089-885727 (Pusat Operasi Lahad Datu) atau talian kecemasan NG999 untuk maklum balas segera.

 

LAHAD DATU SELUDUP

ZON MARITIM LABUAN SELAMATKAN NELAYAN HILANG DI PERAIRAN PULAU TIGA

LABUAN, 20 OGOS – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang pada Isnin lalu telah selamat ditemukan kira-kira pukul 4.18 petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Haji Idros berkata, mangsa dikenali sebagai Ramlee bin Mahroff, 46 tahun telah keluar memancing seawal pukul 6.00 pagi sebelum dilaporkan hilang oleh ahli keluarga beliau.

Tambah beliau, mangsa telah ditemui berapung menggunakan beberapa tong petrol kosong di perairan Pulau Tiga oleh Bot Peronda KILAT 23 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan dalam OP CARILAMAT yang telah diaktifkan bagi mengesan mangsa.

Mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Labuan untuk diberikan rawatan selanjutnya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Maritim Malaysia selaku agensi utama yang mengkoordinasikan OP CARILAMAT berkenaan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada agensi sahabat seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Asian Supply Base (ASB) serta komuniti nelayan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha pencarian mangsa di laut.

Berikutan penemuan mangsa, OP CARILAMAT telah ditamatkan pada pukul 5.45 petang hari yang sama.

 

JUMPA LABUAN 2

LANGGAR SYARAT SAH LESEN, DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

PASIR PUTEH, 20 OGOS – Maritim Negeri Kelantan telah menahan dua buah vesel nelayan tempatan (VNT) di perairan Kelantan dalam dua kejadian berasingan.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, tangkapan masing-masing dilakukan oleh dua bot peronda milik agensi ini yang sedang melaksanakan rondaan dalam OP NAGA BARAT dan OP DAMAI dan OP TIRIS.

Jelas beliau, vesel pertama telah berjaya ditahan sekitar pukul 10.45 pagi pada 19 Ogos lalu di kedudukan lebih kurang 18.4 batu nautika ketika sedang bersauh manakala vesel kedua telah ditahan pada pukul 1.30 pagi hari ini ketika sedang leka mencandat sotong di kedudukan 28 batu nautika dari muara Tok Bali.

Hasil pemeriksaan pada bot pertama mendapati tekong gagal mengemukakan lesen vesel berkenaan ketika diminta.

Manakala pemeriksaan pada bot kedua pula mendapati bot telah melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti mencandat sotong kurang daripada jarak yang dibenarkan iaitu di kawasan bawah 30 batu nautika dari daratan terhampir.

Bot pertama menggunakan seorang kru warga Thailand berusia 60 tahun manakala bot kedua menggunakan tujuh orang kru termasuk tekong warga Vietnam berusia diantara 19 hingga 59 tahun.

Kesemua kru termasuk tekong mempunyai dokumen pengenalan diri dan pas bekerja yang sah.

Kedua-dua vesel kemudiannya diiringi ke jeti Maritim Negeri Kelantan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana gagal mengemukakan buku lesen dan melanggar syarat sah lesen.

 

VESEL KELANTAN 2
 
VESEL KELANTAN 3
 
VESEL KELANTAN 4

MARITIM MALAYSIA BANTU BAWA MANGSA ALAMI KESUKARAN BERNAFAS

MERSING, 20 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing telah melaksanakan Medical Evacuation (MEDEVAC) bagi membantu seorang kanak- kanak penduduk Pulau Aur untuk mendapatkan rawatan segera setelah disyaki mengalami masalah kesukaran bernafas pada pukul 1.45 petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Mersing telah memohon bantuan Zon Maritim Mersing untuk membawa pesakit terbabit ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan segera setelah beliau diberikan rawatan awal di Klinik Kesihatan Pulau Aur.

Beliau menambah, bot peronda Maritim Malaysia Perkasa 44 telah diatur gerak ke Pulau Aur untuk memberikan bantuan Medical Evacuation (MEDEVAC) yang turut disertai seorang Pegawai Perubatan Hospital Mersing bagi mengiringi pesakit berkenaan.

Kanak-kanak perempuan Wan Nur Atira binti Wan Muhamad Afifudin berumur dua tahun lapan bulan dipindahkan ke bot Maritim Malaysia dari Klinik Kesihatan Pulau Aur pada pukul 2.00 petang untuk dibawa ke Mersing dan tiba di Jeti Shahbandar Mersing sejam selepas itu.

Pesakit terus dibawa ke Hospital Mersing dengan menaiki ambulan untuk menerima rawatan lanjut.

Sebarang aduan dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Mersing di talian 07-7982529 / 011-53226060 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau talian kecemasan NG999 untuk tindakan segera.

 

MERSING SESAK
 
MERSING SESAK 3

BOT BAWA PENUMPANG LEBIH HAD DITAHAN MARITIM MALAYSIA

KOTA KINABALU, 19 OGOS – Akibat tidak mengikut peraturan yang ditetapkan, sebuah bot telah ditahan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kerana membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan di sini baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik berkata, Bot Peronda Maritim Malaysia KILAT 39 yang sedang melaksanakan rondaan dan operasi OP PREVENTIVE SAR telah mengesan dan menahan bot penumpang tersebut di Perairan Kota Kinabalu iaitu pada jarak lebih kurang 0.56 Batu Nautika Selatan Pulau Mamutik, Sabah.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati selain nombor pendaftaran pada badan bot tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, nombor siri enjin juga tidak sama seperti yang tercatat dalam lesen.

Bot bersama juragan seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Sepanggar untuk siasatan lanjut. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah hampir RM80 ribu.

Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat berkenaan salah laku atau aktiviti jenayah di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan di talian 088-387774 atau talian kecemasan NG 999 yang beroperasi 24 jam.

 

BOT LEBIH HAD

Lebih banyak artikel..

Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC