KOTA TINGGI, 1 OKTOBER – Sebuah bot kargo dengan muatan disyaki bijih timah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili di perairan Johor timur awal pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohammad bin Othman berkata, hasil maklumat risikan sebuah bot kargo daripada Indonesia ditahan bot ronda Maritim Malaysia di kedudukan 1.5 batu nautika timur laut Tanjung Punggai pada pukul 4.45 pagi.
Pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan empat kru termasuk seorang tekong kesemuanya warga Indonesia berusia 26 hingga 55 tahun, membawa 530 guni disyaki bijih timah seberat hampir 26,500 kilogram. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM4.5 juta termasuk bot dan peralatan.
Bot serta bahan muatan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan di bawah Akta Kastam 1967 kerana cubaan mengimport atau mengeksport barang tidak berkastam.
Beliau menegaskan, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti penyeludupan yang bukan sahaja merugikan hasil negara, malah boleh menjejaskan keselamatan serta kedaulatan perairan.
Operasi ini membuktikan kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam membanteras sebarang cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjadikan perairan negara sebagai laluan aktiviti jenayah.
Maritim Malaysia turut menyeru orang awam agar menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang kegiatan mencurigakan di laut menerusi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili di talian 07-8916591.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
CSCWG JADI MEDAN SELARAS NARATIF OP NAGA
PUTRAJAYA, 5 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkukuh penyampaian komunikasi strategik berkaitan Op NAGA menerusi penubuhan Combined Strategic Communication Working Group (CSCWG) yang dianjurkan bermula 4 Mei dan berakhir hari ini.
Bengkel ini dilaksanakan bagi memastikan semua naratif operasi diselaras secara konsisten dan tepat oleh semua jabatan dan agensi terlibat seterusnya diyakini masyarakat.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pendekatan berkenaan amat penting dalam mendepani cabaran penyebaran maklumat yang semakin pantas serta tidak terkawal, khususnya melalui media sosial.
“Setiap agensi tidak boleh bergerak secara berasingan dari segi komunikasi. Kita memerlukan satu platform untuk menyelaras mesej supaya maklumat yang disampaikan tepat, konsisten dan tidak disalah tafsir,” katanya.
Jelas beliau lagi, penubuhan CSCWG bukan sekadar melengkapkan aspek naratif operasi, sebaliknya menjadi mekanisme utama dalam memastikan setiap tindakan penguatkuasaan disokong dengan penyampaian maklumat yang jelas, berstruktur dan berimpak tinggi kepada masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Bengkel CSCWG Op NAGA Bil. 1/2026 di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Salawati binti Yahaya.
Terdahulu, bengkel berkenaan menghimpunkan 28 pegawai yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam dan pegawai pelaksana dari pelbagai 17 agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa CSCWG Op NAGA, menjadikan kumpulan ini sebagai teras utama dalam pengurusan komunikasi operasi tersebut.
Sepanjang bengkel berlangsung, peserta didedahkan kepada aspek pengurusan media, teknik penyampaian mesej serta pemahaman isu keselamatan maritim bagi memperkukuh keupayaan menyampaikan maklumat operasi secara lebih berkesan kepada umum.
Peserta turut dibahagikan kepada tiga kumpulan utama bagi membangunkan Kerangka Pelan Komunikasi Strategik melibatkan Op NAGA Barat, Op NAGA Timur Sarawak dan Op NAGA Timur Sabah.
Penganjuran Bengkel CSCWG dilihat sebagai langkah proaktif Maritim Malaysia dalam memperkukuh penyelarasan komunikasi antara agensi terlibat, sekali gus memastikan naratif Op NAGA kekal konsisten, berwibawa dan berimpak di semua platform penyampaian maklumat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















.svg.png)

