PELABUHAN KLANG, 3 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah vesel nelayan tempatan kelas C di kedudukan 20.6 batu nautika barat daya Pulau Ketam, kira-kira 2.30 petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penahanan dibuat oleh kapal peronda Maritim Malaysia dalam OP EHSAN, OP MURNI dan OP TIRIS ketika bot berkenaan sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan.
Pemeriksaan awal mendapati, vesel berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat kru, kesemuanya warga Myanmar berusia dalam lingkungan 18 hingga 50 tahun.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, vesel tersebut telah melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985, kerana menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran dan permit kerja yang sah serta penggunaan mata pukat kurang daripada 38 milimeter yang dilarang dalam operasi penangkapan ikan,” kata Muhaimin.
“Dua kru juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah,” jelas Muhaimin lagi. Vesel, kru serta hasil tangkapan ikan campur berat anggaran 800kg dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu, penggunaan mata pukat kurang daripada 38mm dan menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana dua kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang undang di kawasan perairan Malaysia khususnya perairan Selangor.
Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan serta aktiviti jenayah di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor (013-6606652) / Pusat Operasi Maritim Malaysia (03-89957820) untuk maklum balas segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

