24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA KOMUNITI MARITIM

KOTA KINABALU, 18 Mei - Program Ramah Mesra Bersama Komuniti Maritim Kpg. Gentisan, Sepanggar telah dilaksanakan pada hari ini jam 2.30 petang tadi di Jeti Maritim, Sepanggar.

Sesi ramah mesra ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan dan penduduk Kpg. Gnetisan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah memberi taklimat Kesedaran Keselamatan Maritim Semasa Berada Di Laut, Hebahan Talian Kecemasa 999, dan Edaran Risalah Keselamatan Di Laut. 
 
MN Sabah diwakili oleh LT (M) Saleyhin, LT (M) Fazlan, LT (M) Mohamad Pairul, ketua-ketua bot dan wakil daripada kapal, manakala Kpg. Gentisan diwakili oleh En. Mokti dan wakil belia kampung tersebut. 
 
Diakhir pertemuan wakil belia Kpg Gentisan mengucapkan terima kasih kepada pihak APMM kerana telah menjaga perairan negara dan sentiasa memberikan peringatan dan kesedaran keselamatan di laut kepada komuniti nelayan khususnya di kampung tersebut dan turut menyerahkan bingkisan raya daripada penduduk Kpg. Gentisan tanda penghargaan kepada MN Sabah.
 
WhatsApp Image 2023 05 18 at 17.07.33 1 

ROKOK SELUDUP BERNILAI RM 2.95 JUTA DIRAMPAS

KUALA LINGGI, 17 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menumpaskan cubaan seludup rokok di Tanjung Sepat, Selangor awal pagi isnin.

Hasil maklumat risikan dan bantuan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) berjaya mengesan satu kontek curiga di laluan Traffic Separation Scheme (TSS) di syaki menuju ke Tanjung Sepat, Selangor pada jam lebih kurang 11.30 malam 14 Mei. Aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Op Murni/Op Tiris telah diatur gerak ke lokasi pengesanan sejurus menerima maklumat tersebut.

Sebaik menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia, bot suspek telah cuba melarikan diri namun berjaya dipintas sehingga memaksa suspek bertindak memecut laju menuju ke kawasan bakau seterusnya berjaya meloloskan diri dalam hutan bakau. Keadaan cuaca yang gelap dan berlumpur menyukarkan pasukan operasi untuk mengesan suspek.

Bot pancung tanpa tekong dan awak-awak telah ditahan di kedudukan 0.07 batu nautika barat daya Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor pada jam lebih kurang 1.30 pagi. Pemeriksaan ke atas bot pancung tanpa nombor pendaftaran yang berwarna kelabu, menggunakan enam enjin 200 kuasa kuda jenama Yamaha dengan muatan disyaki rokok kretek.

Bot dan muatan seterusnya dirampas dan akan disiasat dibawah Akta Kastam 1967.

Kesemua rampasan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Jumlah keseluruhan kesemua rampasan termasuk bot, enam enjin, 4.27 juta batang rokok kretek pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih kurang RM3.15 juta.

KUALA LINGGI ROKOK   KUALA LINGGI 2   KUALA LINGGI 4

DUA KRU NELAYAN MYANMAR DAN SEBUAH BNT DITAHAN

KUALA KURAU, 16 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B bersama dua nelayan warga Myanmar di kedudukan 8.8 batu nautika barat laut Pulau Pasir Hitam Perak pada sekitar jam 1.15 petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata semasa rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang, pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan bot itu dan dirapati untuk pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan menemukan dua nelayan warga Myanmar termasuk tekong masing-masing berumur 40 dan 47 tahun, tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di bot.
Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu memiliki lesen yang sah namun tekong gagal mengemukakan kebenaran menggajikan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Kesemua nelayan, bot dan peralatan menangkap ikan ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri dan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru nelayan warga asing tanpa kebenaran serta bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.
Maritim Malaysia mengingatkan kepada masyarakat khususnya komuniti nelayan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kesejahteraan bersama.
Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
WhatsApp Image 2023 05 16 at 11.12.01 1
WhatsApp Image 2023 05 16 at 11.12.01
 

BNT DIKENDALIKAN ENAM WARGA ASING TANPA PERMIT

KUANTAN, 17 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Pahang menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C jenis bubu dikendalikan enam nelayan warga Thailand yang tidak memiliki permit yang sah pada jarak lebih kurang 27.7 batu nautika dari muara Kuala Endau petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata pihaknya sedang menjalankan rondaan Op Makmur/Op Mardof sebelum menahan bot tersebut yang sedang bergerak dalam keadaan yang mencurigakan pada pukul 1.50 petang.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan seorang tekong dan lima kru bot merupakan warga Thailand berumur lingkungan 20 hingga 51 tahun gagal mempamerkan sebarang dokumen kelulusan penggunaan kru bukan warganegara di atas bot penangkapan ikan tempatan.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati bot tersebut gagal mempamerkan pas lawatan kerja sementara sewaktu diperiksa.

Tiada hasil laut ditemukan di atas bot dan kesemua kru yang ditahan bersama hasil rampasan peralatan menangkap ikan dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa permit yang sah.

Maritim Malaysia juga mengingatkan komuniti maritim di perairan Pahang khasnya supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan tidak akan berkompromi terhadap perlanggaran yang menyalahi undang-undang serta akan terus membuat rondaan dan pemantauan bagi memastikan perairan negeri Pahang aman dan sejahtera.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

a   b
C   d

MARITIM MALAYSIA RAMPAS ROKOK DAN MINUMAN KERAS SELUDUP

BINTULU, 15 Mei – Bertindak atas maklumat awam dan risikan, Zon Maritim Bintulu telah melakukan rondaan di sekitar kawasan pantai Samalaju, Bintulu Sarawak bagi mengesan dan mengekang aktiviti penyeludupan barangan bercukai.

Operasi tersebut membuahkan hasil apabila anggota Zon Maritim Bintulu berjaya mengesan dan merampas 15 buah peti rokok putih pelbagai jenama dan 95 karton minuman keras.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, rampasan tersebut dilakukan pada kira-kira jam 8.00 malam semalam, setelah pemeriksaan fizikal dilakukan ke atas barangan tersebut.

Semasa dikesan, lima suspek sedang melakukan aktiviti pemunggahan barangan tersebut namun berjaya meloloskan diri dengan menggunakan dua buah kenderaan jenis pacuan empat roda yang gagal dikesan nombor pendaftarannya kerana cuaca dan keadaan laut yang bergelora menyukarkan pasukan Maritim Malaysia untuk merapat ke pantai dengan cepat dan melakukan tangkapan.

Hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM 45,250 tidak termasuk cukai. Barangan tersebut dibawa ke pejabat Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 kerana melakukan aktiviti penyeludupan.

 

SELUDUP ROKOK ARAK 2

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC