24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

CARILAMAT | BOT TERBALIK : LIMA MANGSA SELAMAT SEORANG KANAK-KANAK DIKHUATIRI LEMAS

SANDAKAN, 1 Ogos – Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki beliau bersama lima lagi penumpang karam di 0.2 batu nautika Tanjung Batu, Sandakan petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan pada jam 4.00 petang bagi mengesan kanak-kanak malang berkenaan di samping itu Pangkalan Hadapan CARILAMAT diwujudkan bagi mengkoordinasi pencarian tersebut.

Mangsa Romy bin Azlan, 7 tahun berbangsa Suluk dimaklumkan bersama keluarga menaiki bot terbabit dipercayai bertolak dari jeti Pulau Timbang menuju Ke Kampung Mumiang dengan membawa enam orang penumpang termasuk dua orang kanak-kanak.

Bot tersebut kemudiannya dipercayai terlanggar satu objek terapung menyebabkan ia telah hilang kawalan lalu terbalik.

Kepten Maritim Zainudin turut memaklumkan, BOT PERONDA BANGGI 14 dan BOT KILAT 8 dari Zon Maritim Sandakan telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk melaksanakan pencarian awal mangsa.

Turut membantu pencarian Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bot nelayan tempatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta berhubung secara terus kepada Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Sandakan ditalian 089-229504 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah 088-387774 yang beroperasi 24 jam.

 

CARILAMAT SANDAKAN

KES MAHKAMAH | DALANG SELUDUP PATI, IBU ANI DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA 6 TAHUN

PELABUHAN KLANG, 1 Ogos – Mahkamah Tinggi 2 Klang, telah menjatuhkan hukuman enam tahun penjara ke atas Ramiani (Ibu Ani), 58, setelah didapati bersalah kerana menjalankan penyeludupan migran melibatkan enam warga Indonesia termasuk seorang seorang wanita berusia 21 hingga 60 tahun pada 5 November 2021.

Hakim Mahkamah Tinggi 2 Klang, Yang Arif Pesuruhanjaya Kehakiman Puan Norliza binti Othman membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah di bawah Seksyen 26A ATIPSOM 2007 kerana terlibat dalam menguruskan aktiviti penyeludupan migran.

Terdahulu, pada 5 November 2021, Maritim Negeri Selangor telah menahan seorang wanita warga Indonesia dikenali Ibu Ani yang menjadi dalang sindiket penyeludupan PATI selepas diberkas oleh pasukan operasi darat Maritim Malaysia di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Sindiket tersebut mengenakan bayaran sekitar RM1,500 hingga RM2,000 untuk membawa keluar dan masuk bagi setiap PATI bergantung kepada jarak lokasi.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Kanan Maritim Negeri Selangor, Lefternan Maritim Mohd Sharizul bin Mahamood dan pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maritim Negeri Selangor, Puan Puspharasi Ramachandran.

 

 

IBU ANI

WARGA INDONESIA DICEKUP BERSAMA BEG BERISI DADAH

KUALA LINGGI, 31 Julai – Seorang lelaki warga Indonesia telah berjaya ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Melaka dan Negeri Sembilan kerana cubaan menyeludup keluar lebih kurang 10 kilogram dadah dipercayai jenis syabu dengan anggaran nilai RM400 ribu ke negara jiran awal pagi Jumaat lalu.

Hasil daripada maklumat risikan mengenai kehadiran sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan Tanjung Keling lebih kurang pukul 1.00 pagi 28 Julai, aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan OP MURNI atau OP TIRIS telah bergegas ke lokasi bagi melaksanakan pemantauan penguatkuasaan.

Setiba di lokasi, bot suspek dikesan berada di pesisir Pantai Kundur, Tanjung Keling. Menyedari kehadiran aset Maritim Malaysia, suspek telah memecut laju melarikandiri dari pantai tersebut dan meninggalkan seorang lelaki disyaki rakan suspek.

Hasil pemeriksaan ke atas lelaki tersebut merupakan warganegara Indonesia berusia 38tahun tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Turut ditemui bersama suspek ialah sebuah beg pakaian berwarna merah dan hitam mengandungi tujuh bungkusan teh cina berwarna merah jenama Jin Xuan Tea, dan tiga bungkusan berwarna putih dan kesemuanya berisi ketulan mampat dadah disyaki jenis syabu.

Suspek seterusnya ditahan dan kesemua barang turut dirampas dikedudukan lebihkurang0.1 batu nautika barat daya Pantai Kundur lebih kurang pukul 2.30 pagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen5(2) AktaImigresen 1963.

 

DADAH INDO 2 
 
DADAH INDO 3

MEDEVAC | PENERBANGAN IHSAN MARITIM MALAYSIA BAWA BAYI BARU LAHIR

KUANTAN, 29 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan satu penerbangan ihsan bagi membawa seorang bayi baru lahir berumur satu hari yang menghidapi jangkitan kuman pada organ paru-paru (Pneumonia), petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan menerima panggilan kecemasan dari Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat Maritim (MRCC) Putrajaya pada jam 3.30 petang berkenaan penugasan Mercy Flight untuk memindahkan bayi berkenaan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan bagi mendapatkan rawatan segera.

Penerbangan ihsan ini menggunakan helikopter jenis Agusta AW 139 Maritim Malaysia yang diterbangkan dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) pada jam 3.40 petang dan tiba di Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman pada jam 5.03 petang. Pemindahan tersebut turut diiringi staf klinik kesihatan dan ibu bapa bayi berkenaan.

Pesawat telah mendarat di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada jam 6.39 petang dan dipindahkan ke ambulans untuk dibawa ke HTAA bagi mendapatkan rawatan susulan.

Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

 

A   B 

LANGGAR SYARAT SAH LESEN, ENAM KRU ASING DITAHAN

LANGKAWI, 30 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas A di kedudukan lebih kurang 0.3 batu nautika dari Barat Laut Pulau Singa Besar lebih kurang pukul 12 tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, bot nelayan itu dikesan sedang berlabuh di perairan pulau tersebut.

Melalui pemeriksaan yang dilakukan, bot nelayan tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama lima kru.

Tiga daripadanya adalah warga Thailand dan tiga lagi merupakan warga Kemboja yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 29 hingga 55 tahun.

Hasil tangkapan bot nelayan itu dianggarkan sebanyak 500 kilogram ikan campur.

Bot dan kesemua kru ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu nama nakhoda tiada tercatat dalam buku lesen dan semua kru tidak memiliki pas lawatan kerja sementara.

Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal daripada sebarang pelanggaran undang-undang termasuk aktiviti perikanan tanpa permit, pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut di perairan Malaysia dan salah laku yang lain.

Komuniti maritim setempat juga perlu bekerjasama memantau perkara ini dan melaporkan kepada Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau MERS 999 untuk maklum balas segera, demi memastikan perairan negeri sentiasa aman dan selamat.

 

LANGGAR SYARAT LESEN 
 
LANGGAR SYARAT LESEN 3
 
 LANGGAR SYARAT LESEN 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC