TANJUNG MANIS, 8 April – OP CARILAMAT ke atas seorang mangsa yang hilang di laut berdekatan Tanjung Jerijeh ditamatkan pada jam 12.15 tengah hari tadi berikutan penemuan mayat mangsa pada malam semalam.
Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang berkata, pada jam lebih kurang 8.55 malam semalam, MRSC Kuching telah menerima panggilan dari bapa mangsa menyatakan penemuan objek disyaki mayat mangsa di ruang wheelhouse bot yang karam berkenaan semasa kerja-kerja pengapungan bot dilakukan.
Bapa mangsa turut memaklumkan bahawa keperluan untuk dilakukan kerja selaman membawa keluar objek yang disyaki mayat berkenaan yang dikhuatiri terperangkap di bot tersebut.
Sejurus mendapat maklumat tersebut, MRSC Kuching terus mengatur gerakkan aset dan menyalurkan maklumat kepada agensi sahabat. MRSC Kuching jua turut telah mendapatkan bantuan dari Pasukan Penyelamat di Air Balai Bomba Sungai Merah, namun disebabkan cuaca di lokasi tidak mengizinkan serta jarak penglihatan terhad pada waktu malam, Tim Penyelamat diatur gerak pada pagi ini atas faktor keselamatan Tim Penyelamat.
Sekitar jam 9.25 pagi tadi, Tim Penyelamat bersama pasukan penyelam telah tiba di lokasi dan mendapati mayat berkenaan telah berapung di permukaan air.
Tim Penyelamat bersama ahli keluarga di lokasi telah mengangkat mayat berkenaan ke atas bot PSC 55 Pasukan Polis Marin dan berdasarkan pengecaman awal oleh waris, mayat berkenaan adalah mayat mangsa iaitu Wong Pak Wei.
Pada jam 12.15 petang, Tim Penyelamat tiba di Jeti Terminal Tanjung Manis bersama mayat mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Maritim Malaysia merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada semua agensi sahabat terlibat iaitu PDRM, JBPM, PGU, PPM, PPDA BOMBA Sg.Merah Sibu, LKIM Tg Manis/ Belawai, Klinik Kesihatan Tg Manis/ Belawai, PUSAKA Tg.Manis serta komuniti maritim yang telah bersama-sama dalam operasi carilamat mangsa bot karam yang telah berlangsung selama lima hari.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

