24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN LANGGAR SYARAT KELULUSAN PENGGUNAAN PERANTI

PULAU PINANG, 16 Disember – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) kelas C di kedudukan 5.6 batu nautika barat laut Pulau Betong pada tengah hari semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong A/L Si Prom berkata, bot peronda yang ditugaskan di dalam perintah operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan terbabit yang sedang bergerak di posisi berkenaan.

Justeru, bot peronda menghampiri BNT tersebut dan pasukan menggeledah telah melakukan pemeriksaan lanjut serta mendapati empat kru termasuk tekong warga Malaysia dan Thailand berada di atas bot berkenaan. Kesemua mereka berumur 20 hingga 53 tahun.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati bot terbabit tidak mempunyai kelulusan penggunaan radas dan peranti di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengikut seksyen 231.

Kesemua kru dan bot bersama anggaran 300 kilogram telah ditahan di Jeti Limbongan Batu Maung petang semalam bagi siasatan lanjut.

 

RADIO TANGKAP   RADIO TANGKAP 3   RADIO TANGKAP 5   RADIO TANGKAP 6

 

 

BERSAUH TANPA KEBENARAN, KAPAL KARGO DITAHAN

LUMUT, 13 Disember – Maritim Negeri Perak telah menahan sebuah kapal kargo yang bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 46.2 batu nautika barat laut Pulau Pangkor pada sekitar jam 4.30 petang, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, kapal kargo itu dikesan sedang bersauh oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin dalam OP PINTAS / OP TIRIS dan OP KHAS PAGAR LAUT di sekitar perairan negeri Perak seterusnya dirapati untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, kapal kargo itu dikendalikan oleh seorang nakhoda dibantu 20 kru yang terdiri daripada warga China dalam lingkungan umur 22 hingga 49 tahun didapati gagal mengemukakan surat kebenaran bersauh oleh Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Seksyen 491B (1) (1) iaitu bersauh tanpa kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Nakhoda dan ketua jurutera kapal seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim.

Peringatan kepada komuniti maritim, sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil dan sebarang laporan, aduan serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BERSAUH LUMUT 2

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, LANGGAR SYARAT LESEN

KUALA PERLIS, 12 Disember – Sebuah bot nelayan tempatan (BNT) Kelas C ditahan Zon Maritim Kuala Perlis kerana disyaki melanggar syarat lesen di kedudukan 1.97 batu nautika dari barat daya Pulau Timun, Langkawi malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis yang sedang melakukan rondaan rutin OP AMAN / OP TIRIS 2.0 di perairan Perlis telah merapat pada bot yang dalam keadaan mencurigakan itu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, hasil pemeriksaan mendapati, bot yang berpengkalan di Pulau Langkawi itu dikemudikan oleh tekong dan tiga orang awak-awak warga tempatan berumur antara 49 hingga 59 tahun.

Bot dan pukat dianggarkan bernilai lebih RM100 ribu bersama empat orang yang disyaki (OYDS) dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b) kerana disyaki melanggar syarat lesen yang dikeluarkan terhadap vesel itu.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT NELAYAN C 3   BOT NELAYAN C 2

RAMPASAN MINUMAN KERAS BERNILAI HAMPIR RM 100 RIBU DI LABUAN

LABUAN, 12 Disember – Minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai hampir RM100 ribu dipercayai cuba diseludup keluar dari Labuan telah berjaya dirampas Zon Maritim Labuan di kedudukan 0.21 batu nautika tenggara Tanjung Klias, Menumbok, Sabah pada sekitar jam 12.40 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Idros berkata, menerusi rondaan operasi OP SEJAHTERA 1/2022, OP KUDA LAUT 2/2020 dan OP TIRIS 2.0, Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot yang bergerak dalam keadaan mencurigakan menghala ke arah Menumbok, Sabah kira-kira pada jam 12.30 pagi.

Ketika menghampiri bot terbabit untuk pemeriksaan, tekong bot berjaya nmeloloskan diri dengan terjun ke laut dan seterusnya berenangt ke hutan paya bakau berhampiran.

Pemeriksaan lanjut ke atas bot tanpa nombor pendaftaran itu telah menemukan sejumlah 5,472 tin minuman keras pelbagai jenama dipercayai dibawa secara haram dan diseludup keluar dari Labuan untuk pasaran tempatan.

Bot bersama kesemua barang rampasan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana membawa keluar minuman keras tanpa cukai melebihi jumlah yang dibenarkan.

Izwanhadi menegaskan, usaha mengesan serta memburu dalang serta suspek akan diteruskan bagi memastikan pelaku jenayah dikenakan tindakan undang-undang dan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan aktiviti jenayah di laut.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai aktiviti yang mencurigakan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

ARAK LABUAN 2
 
ARAK LABUAN

BOT PILOT SRI PERKASA 81 BERSAMA DUA KRU DITEMUKAN SELAMAT

PELABUHAN KLANG, 11 Disember – Maritim Negeri Selangor, mengesahkan telah menemukan bot Pilot Sri Perkasa 81 bersama dua kru di Perairan Pulau Tengah pada sekitar jam 3.15 petang tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penemuan itu adalah hasil maklumat Area Control Centre (ACC) SWASLA Klang yang mengesan kedudukan bot Pilot Sri Perkasa 81 itu kira-kira pada jam 1.00 petang di sekitar Perairan Pulau Tengah.

Sejurus menerima maklumat, Bot PENGAWAL 25 diatur gerak ke lokasi dan menemukan bot Pilot Sri Perkasa 81 di kedudukan lebih kurang 2.4 batu nautika dari lokasi terakhir sebelum bot berkenaan gagal dihubungi.

Hasil pemeriksaan mendapati bot itu mengalami kerosakan jentera utama dan janakuasa manakala kedua-dua kru Muhammad Azizi bin Azman, 28, dan Muhammad Baharuddin bin Bahari, 24, berada dalam keadaan selamat.

Bot Pilot Sri Perkasa 81 telah ditunda dengan menggunakan bot Pilot Sri Perkasa 85 ke perairan Terminal Penumpang South Port dan dijangka tiba pada jam 8.15 malam.

Terdahulu, bot Pilot Sri Perkasa 81 ditugaskan menghantar seorang Pilot ke kapal DHT Bronco di perairan Pulau Tengah, sebelum gagal dihubungi dan dikesan lebih kurang jam 9.30 pagi selepas menghantar Pilot berkenaan di atas kapal DJT Branco di kedudukan 12 batu nautika Barat Pulau Tengah.

Orang ramai dan komuniti maritim diingatkan agar sentiasa memeriksa keadaan bot agar tiada kerosakan dan bersedia untuk berlayar sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut supaya tidak mengundang sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Sebarang laporan kecemasan, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-321760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT PILOT KLANG   BOT PILOT KLANG 2

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC