KOTA KINABALU, 30 Oktober – Pelaksanaan EKSESAIS MARITIM PERKASA TIMUR kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjadi platform utama bagi menguji kecekapan warga Maritim Malaysia dan kesiapsiagaan agensi ini dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara khususnya di Laut China Selatan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, eksesais yang bermula pada 28 Oktober sehingga 4 November ini dilaksanakan dengan misi menyediakan pegawai dan anggota Maritim Malaysia agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi ancaman maritim.
Beliau menjelaskan, pelaksanaan eksesais ini akan dapat mempertingkatkan keupayaan khusus pelaksanaan evolusi di laut untuk anggota kapal, pesawat dan pasukan mencari dan menyelamat agensi ini.
Beliau turut menambah, eksesais ini juga akan dapat meningkatkan keberkesanan koordinasi dan keupayaan aset milik agensi dalam mengendalikan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).
Datuk Hamid berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di Jeti Sabah Port Sdn. Bhd. Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
Turut hadir sama pada majlis berkenaan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah dan Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Muda Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik,
Terdahulu Datuk Hamid memaklumkan seramai 652 orang pegawai dan anggota Maritim Malaysia dengan kekuatan lebih 15 buah aset terdiri daripada kapal dan pesawat udara milik agensi ini terlibat sepanjang eksesais berkenaan dilakukan.
Berlangsung dalam tiga fasa, eksesais ini bermula dengan fasa pertama iaitu Fasa Pelabuhan yang diadakan bermula pada 28 Oktober sehingga 29 Oktober 2023. Fasa ini merupakan sesi taklimat siri latihan dan sesi Table Top akan dilaksanakan di Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan.
Setelah melepasi fasa berkenaan, pegawai dan anggota yang terlibat dalam eksesais ini akan melaksanakan fasa kedua iaitu Fasa Laut pada 30 Oktober hingga 3 November 2023. Pada peringkat ini, aset-aset agensi akan melaksanakan eksesais di perairan Kota Kinabalu, GSP, Beting Patinggi Ali dan Beting Raja Jarum seterusnya diakhiri di kawasan Perairan Kuching.
Fasa terakhir bagi eksesais ini merupakan Fasa Pasca Eksesais. Pada fasa ini sesi post mortem dan rumusan akan dilaksanakan di Pejabat Maritim Negeri Sarawak pada 3 dan 4 November 2023.
Kredit gambar : Jabatan Penerangan Negeri Sabah
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

