SIARAN MEDIA
BERHUBUNG PENAHANAN SEORANG PEGAWAI MARITIM MALAYSIA
PUTRAJAYA, 26 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memandang serius dan kecewa susulan penahanan seorang pegawainya pada 24 Oktober 2018 selepas disyaki turut terlibat dalam kejadian rompakan bersenjata di perairan Kuala Rompin, Pahang pada awal pagi hari yang sama.