26
Fri, Apr

JENAZAH ALLAHYARHAM KEPTEN MARITIM YOUSRY BIN YAALI SEMPURNA DIKEBUMIKAN

KUANTAN, 17 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah kehilangan seorang pegawai yang berdedikasi iaitu Kepten Maritim Yousry bin Yaali, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak yang telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru petang semalam.

Jenazah beliau selamat dikebumikan sekitar jam 11.30 malam tadi di Tanah Perkuburan, Masjid Al-Wosto Kampung Tanjung Besar, Temerloh, Pahang.

Maritim Malaysia telah memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dengan melaksanakan Istiadat Pengebumian dan Kawalan Jenazah yang diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Helpan bin Yohanis bersama-sama sembilan Pegawai Penguatkuasa dan 11 Pegawai Lain-lain Pangkat daripada Maritim Negeri Pahang.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Laksamana Madya Maritim Hamid bin Hj Mohd Amin, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh serta beberapa pegawai kanan lain hadir sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham atas jasa bakti dan sumbangan beliau kepada Maritim Malaysia dan negara.

Turut mengiringi jenazah adalah pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Maritim Putrajaya, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) serta Maritim Negeri Pahang.

Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

JENAZAH MNP 2   JENAZAH MNP 3   JENAZAH MNP 4   JENAZAH MNP 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON