08
Wed, May

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 16 Mei - Pada 10 Mei bersamaan 19 Syawal 1444 Hijrah, bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak telah diadakan sambutan rumah terbuka Aidilfitri warga Maritim Negeri Perak yang berlangsung sederhana tetapi meriah. 
 
Majlis sambutan telah dihadiri oleh tetamu istimewa iaitu Orang Besar Jajahan Manjung, Ydh Toh Seri Bijaya Leftenan Kolonel Dato' Shaharudin bin Haji Nazari bersama isteri, Y.Bhg Datin Norshuhada binti Osman.
 
Turut sama memeriahkan majlis sambutan ini ialah Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid serta ketua-ketua jabatan agensi sahabat.
 
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan berkenaan adalah acara penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022 serta cabutan bertuah kepada semua warga Maritim Negeri Perak bagi menghargai jasa dan sumbangan semua anggota.
 
Terdapat 10 gerai mewakili setiap seksyen dalam Maritim Negeri Perak telah menyajikan menu-menu istimewa kepada pengunjung, antaranya ialah ayam golek, apam balik mini, rendang dan ketupat serta menu utama nasi hujan panas dan kurma kambing.  
 
Diharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan supaya dapat mengeratkan hubungan silahturahim dalam kalangan anggota dan warga maritim negeri secara tidak langsung dapat mendekatkan lagi agensi dengan masyarakat serta komuniti setempat.
 
 
WhatsApp Image 2023 05 16 at 10.01.26   WhatsApp Image 2023 05 16 at 10.01.23   WhatsApp Image 2023 05 16 at 10.01.27   WhatsApp Image 2023 05 16 at 10.01.25
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON