20
Sat, Apr

Program Kerjasama Antara Agensi Dalam Negara

1.
Operasi SAMUDERA GAGAH – Operasi melibatkan agensi kerajaan iaitu APMM, TUDM, Pasukan Gerakan Marin (PGM) PDRM, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM), Jabatan Laut dan Unit Udara Polis (UUP).  Tugas utama operasi ini adalah menguatkuasakan semua akta maritim negara dan undang-undang bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan perairan negara.  Sasaran utama ditumpukan kepada pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia dan pencerobohan nelayan tempatan  diluar kawasan tangkapan yang dibenarkan.  Operasi dilaksanakan 4 kali setahun iaitu pada setiap 3 bulan sekali.  Kekerapan perlaksanaan Operasi Samudera Gagah telah dinilai semula kerana kekurangan peruntukan kewangan di masa kegawatan ekonomi dengan kekerapan dua kali setahun.  Kawasan operasi akan ditetapkan mengikut keperluan semasa dan jumlah aset yang terlibat. 
2.
Operasi TAMBAK – Operasi melibatkan agensi kerajaan iaitu APMM, Pasukan Gerakan Marin (PGM) PDRM, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Jabatan Perikanan, Jabatan Laut, Lembaga Pelabuhan Johor, Unit Udara Polis (UUP).  Tujuan utama operasi ini dilaksanakan adalah untuk memantau kerja-kerja penambakan pasir oleh Singapura di Tuas dan Pulau Tekong. Selain itu, penguatkuasaan juga dibuat atas kapal-kapal yang bersauh di kawasan yang larangan bersauh dan  kapal-kapal yang melakukan pemindahan minyak/kargo (ship to ship transfer) di kawasan larangan serta aktiviti membersihkan tangki minyak kapal di perairan Zon Maritim Malaysia.  Operasi dilaksanakan 2 setahun.
 
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON