Sidebar

08
Sat, Aug

APLIKASI PINTAR
Tools
Typography
  • Smaller Small Medium Big Bigger
  • Default Helvetica Segoe Georgia Times

Justifikasi/Rasional Pelaksanaan/Penghasilan Projek:


Komuniti Maritim sangat bergantung kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam mendapatkan sebarang maklumat bagi membantu dan memudahkan mereka untuk menjalankan aktiviti di laut.
Selaras dengan pelaksanaan Gerbang Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), APMM mengorak langkah yang lebih inovatif bagi memastikan agensi ini sentiasa dekat kepada rakyat terutama dalam menyalurkan maklumat-maklumat yang berguna dan terkini kepada pengguna-pengguna sasaran yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti maritim di perairan Malaysia dengan menawarkan perkhidmatannya melalui aplikasi pintar mudah alih yang dinamakan MCG News. Pembangunan aplikasi ini selari dengan Pelan Strategik ICT APMM 2016-2020 di bawah Teras Strategik 2 iaitu Perkhidmatan Digital bersepadu.
Dengan wujudnya aplikasi ini dapat menjadikan agensi ini lebih dekat dan mesra dengan komuniti maritim di seluruh negara.

Deskripsi Projek:


MCG News menawarkan penyampaian perkhidmatan APMM yang terkini seperti:
• Maklumat berita, kenyataan media dan tender terkini;
• Saluran Youtube rasmi Maritim Malaysia di bawah senarai video MCG Report;
• Majalah rasmi APMM iaitu Sea Hawk secara digital; dan
• Kandungan Media Sosial seperti Twitter rasmi KP Maritim Malaysia

Melalui MCG News, pelbagai perkhidmatan terbaru APMM akan disalurkan dari semasa ke semasa dan pihak pengguna hanya perlu memastikan versi terkini aplikasi di telefon pintar sentiasa dikemas kini.

Capaian Aplikasi :

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mcgnews&hl=en

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON