15
Wed, May

FUNGSI BAHAGIAN ASET

Bahagian Undang-Undang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia terdiri daripada pegawai undang-undang yang berperanan sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Persekutuan. Fungsi Bahagian ini adalah antara lain untuk:

  1. Menjalankan hak dan kuasa Pendakwa Raya selaras dengan peruntukan seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] termasuk mengkaji kertas siasatan dan memberikan nasihat serta arahan kepada penguat kuasa APMM mengenai siasatan dan izin pendakwaan;
  1. Mengendalikan semua pendakwaan dan prosiding jenayah di mahkamah bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang dalam Zon Maritim Malaysia di bawah mana-mana undang-undang Persekutuan selaras dengan peruntukan seksyen 377 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593];
  1. Memberikan khidmat nasihat perundangan mengenai semua bidang undang-undang berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh mana-mana bahagian di Ibu Pejabat, Pejabat Maritim Negeri dan Zon Maritim APMM;
  1. Menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang mana APMM merupakan salah satu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan dilindungi;
  1. mewakili APMM dalam tindakan guaman (sivil) yang berada di bawah bidang kuasa dan kawalan Bahagian Undang-Undang APMM; dan
  1. Menyemak penggubalan perundangan utama, perundangan subsidiari dan perundangan pindaan yang berada di bawah kawal selia APMM sebelum dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan.

FUNGSI BAHAGIAN OPERASI UDARA

 

  • Melaksanakan Operasi Udara di kawasan maritim yang dipertanggungjawabkan untuk menyokong fungsi penguatkuasaan undang-undang APMM secara efektif. 
  • Menentukan pelaksanaan Operasi Udara dilaksanakan dengan efektif dan selamat mengikut dasar piawaian dan peraturan yang dikeluarkan.
  • Mengumpul maklumat dan risikan persekitaran maritim melalui penerbangan operasi udara untuk menyokong matlamat operasi APMM dilaksanakan dengan lebih efisien
  • Menentukan keupayaan udara bersedia melaksanakan tugas mencari dan menyelamat
  • Menyediakan anggota yang terlatih untuk kesiapsiagaan di semua unit udara untuk melaksanakan tudgas dan misi penerbangan operasi
  • Mengurus maklumat dengan baik untuk menentukan keberkesanan laporan yang diberi atau keluarkan
 

FUNGSI BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH MARITIM

Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM) adalah salah satu bahagian di bawah sektor Operasi. Bahagian ini berfungsi dalam memfokuskan kepada siasatan jenayah yang meliputi peranan dan tanggungjawab dalam memberi khidmat nasihat,menyelia,membimbing pegawai penyiasat sepanjang siasatan kes yang dijalankan.
BSJM dibahagikan kepada lima cawangan seperti berikut:


a. Cawangan Jenayah dan Ketenteraman Awam (CJKM)
b. Cawangan Jenayah Komersial dan Alam Sekitar (CJKS)
c. Cawangan Bantuan Teknikal (CBT)
d. Cawangan Koordinasi Antarabangsa dan Analisis (CKAA)
e. Cawangan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) 

FUNGSI BAHAGIAN RISIK

PUNCA KUASA APMM BAGI MENJALANKAN RISIKAN

(SEKSYEN 3(2) AKTA APMM (AKTA 633) )

Agensi hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, digunakan khidmatnya di dalam Zon Maritim Malaysia bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan. kesejahteraan dan keselamatan, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah dan mengumpul risikan keselamatan.

(SEKSYEN 3(3) AKTA POLIS 1967 (AKTA 344) )

Tertakluk kepada Akta ini, Pasukan hendaklah digunakan khidmat di dalam dan di seluruh Malaysia (termasuk perairan wilayahnya) bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul risikan keselamatan.

(VISI)

Menjadi badan perisikan maritim yang disegani dalam aspek keupayaan modal insan serta teknologi di persada negara dan antarabangsa.

(MISI)

Menghasilkan risikan berkualiti  bagi menyokong penguatkuasaan yang efektif di Zon Maritim Malaysia.

(TERAS BAHAGIAN PERISIKAN)

 CAWANGAN OPERASI RISIK

  1. Mengumpul maklumat serta menganalisa ancaman kumpulan pengganas, sindiket pendatang tanpa izin, lanun, nelayan asing dan penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
  2. Mengawal selia serta mengendalikan sumber-sumber hidup.
  3. Mengendali konsep penyamaran.
  4. Mempromosikan Agensi. (Program Sahabat Maritim)

 CAWANGAN KESELAMATAN MEDAN

  1. Mengendalikan tapisan halus terhadap calon-calon untuk lantikan ke Agensi.
  2. Menjaga keselamatan fizikal dan dokumentasi Bahagian Perisikan
  3. Mengeluarkan pas-pas keselamatan.

 CAWANGAN PENYELIDIKAN & STRATEGIK

  1. Mengkoordinasikan pengurusan data komuniti maritim menggunakan sistem Pengurusan Data Perisikan (Mi2) yang merangkumi pimpinan masyarakat, bilangan penduduk, latar belakang (ekonomi, agama, bangsa), dan kemudahan asas.
  2. Merancang dan mewujudkan jaringan kerjasama bersama agensi sahabat dari dalam dan luar Negara.
  3. Merancang dan mendapatkan akses ke atas sistem semakan data / real-time agensi sahabat bagi menyokong konsep Intelligence-Led Operation.
  4. Bertindak sebagai Single Point of Contact (SPoC) kepada MIND dalam pengurusan kes-kes yang menjadi isu dan pertikaian di arena domestik dan antarabangsa.

CAWANGAN DASAR & PEMBANGUNAN

  1. Mengkoordinasi siri latihan melibatkan penceramah dari agensi lain dari dalam dan luar negara, bagi memastikan praktis semasa MIND-Operative adalah selari dengan peredaran masa dan teknologi terkini.
  2. Menyelaras keperluan pengambilan experties secara kontrak seperti analyst, IT hacker, pakar bahasa asing dan intel-gadget experties bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pengoperasian MIND.
  3. Menyelaras setiap MoU yang melibatkan MIND dan pihak luar.

FUNGSI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)  adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Pengurusan. Fungsi tugas BKP adalah :

  1. Memberi perkhidmatan yang cekap, pantas dan teratur dalam  urusan pentadbiran dan kemudahan bagi warga Agensi;
  2. Melaksanakan aktiviti kebajikan dan kerohanian bagi membentuk semangat kekeluargaan di kalangan warga Agensi;
  3. Melaksanakan program-program inovasi Agensi bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dan persekitaran adalah berkualiti;
  4. Menjadi urusetia bagi acara/ majlis rasmi; dan
  5. Mengendalikan mesyuarat-mesyuarat utama Agensi.

BKP dibahagikan kepada empat (4) Cawangan seperti berikut :

  1. Cawangan Protokol dan Kerohanian
  2. Cawangan Pentadbiran
  3. Cawangan Kualiti dan Inovasi
  4. Cawangan Keurusetiaan
 

More Articles ...

Page 2 of 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON