WARGA MARITIM2 BI  ORANG AWAM2 BI  MEDIA2 BI  DIREKTORI BI  eparticipation   logo carian tp
 

Latest News

LUMUT, 25 Jun – Ketabahan, Kegigihan dan Kecekalan hati serta Kekuatan Emosi dan Fizikal seramai lapan anggota APMM dan tujuh anggota TLDM dari 120 orang anggota APMM Dan TLDM telah terpilih dan berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Siri PKL/57/14 Paskal bertempat di KD Panglima Hitam, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Perak.

Kursus dijalankan selama enam bulan bermula dari 21 Februari hingga 29 Jun 2014 yang mana melibatkan beberapa peringkat seperti Peringkat Kem, Hutan, Paya dan Laut serta Peringkat Pelarian dan Pelolosan. Kesemua peringkat-peringkat ini perlu diharungi oleh setiap peserta kursus bagi mendapatkan seorang anggota yang sesuai dan terlatih untuk diletakkan sebagai seorang anggota Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Majlis tamat latihan ini mendapat tepukan gemuruh kerana salah seorang anggota APMM telah dinobatkan sebagai ‘Iron Man’ iaitu LK I Maritim Syed Omar Jemada bin Said Muhammad Halidi yang mana beliau telah mengharungi pelbagai rintangan dan halangan seperti Berlari 10 km, Berenang sejauh 7 km, Memanjat bukit, Menempuh halangan dan Menembak.

Seramai 4 jurulatih yang diketuai oleh BM Maritim Goang ak Gabang merupakan bekas jurulatih Paskal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah ditukarkan ke Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (PTK) Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) telah berkerja keras demi mencari calon yang benar-benar layak untuk pemakaian beret Unggu.

Katanya lagi, kami sanggup bersengkang mata dan berkorban masa serta tenaga untuk melatih bagi mendapatkan anggota-anggota baru layak ditempatkan di dalam pasukan ini.

Majlis diakhiri dengan pemakaian beret unggu PASKAL yang disempurnakan oleh Panglima Pasukan Khas Laut, Laksamana Pertama Shaifuddin Kamaruddin TLDM. Turut hadir sama Pegawai Memerintah KD Panglima Hitam, Komander Hj Ridzuan Talib TLDM, Pengarah C3I, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin serta Pemangku Ketua Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat, Lt Kdr Maritim Muhaimin Mohd Salleh.

 edit paskal 1 edit paskal 3 

Sumber/Foto: Unit Perhubungan Awam Putrajaya