09
Rab, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

 TINGKATKAN PENGETAHUAN WARGA KERJA, ZON MARITIM KUALA PERLIS ANJUR PROGRAM KEROHANIAN, MOTIVASI DAN PENGHAYATAN ISLA

KUALA PERLIS, 29 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah menganjurkan Program Kerohanian, Motovasi dan Penghayatan Islam untuk keseluruhan warganya bertempat di Ruang Paskam, pejabat Zon Maritim Kuala Perlis bermula pada 28 Oktober 2021 dan telah tamat pada 29 Oktober 2021 jam 11.00 pagi.

Program ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan Maritim Negeri Kedah dan Perlis , Al-Fadzil Ustaz Ahmad Mawardi bin Mohd Jait, membabitkan penyertaan seramai 65 anggota dan pegawai gunasama Zon Maritim Kuala Perlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yassin diikuti dengan tazkirah ringkas. Seterusnya pada hari berikutnya telah dilaksanakan qiyamullail, tazkirah ringkas serta ceramah dan praktikal pengurusan jenazah lelaki dan wanita.

Program ini diadakan bertujuan memberi kefahaman dan pendedahan tentang kepentingan mengetahui kaedah pengurusan jenazah yang betul serta meningkatkan kesedaran untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam kehidupan seharian disamping mengukuhkan ikatan silaturahim antara satu sama lain.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi komitmen yang tinggi serta terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program  ini.

 

 WhatsApp Image 2021 10 29 at 4.41.31 PM   WhatsApp Image 2021 10 29 at 4.41.34 PM    
 WhatsApp Image 2021 10 29 at 4.41.34 PM 1   WhatsApp Image 2021 10 29 at 4.41.30 PM    
         
         

ZON MARITIM KUALA PERLIS MANTAPKAN KESIAPSIAGAAN ANGGOTA KENDALI SENJATA

KUALA PERLIS, 28 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah menganjurkan Latihan Kemahiran Menembak senjata kecil jenis Glock 19, HK UMP dan MP5 yang diadakan di Lapang Sasar Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis Mata Ayer, Arau, Perlis pada jam lebih kurang 8.00 pagi, 27 Oktober lalu.

Latihan menembak ini melibatkan seramai enam pegawai, dua pegawai gunasama, pelajar pelatih latihan industri dan 31 pegawai lain-lain pangkat (LLP) menyertai program ini.

Latihan ini diadakan bertujuan bagi memahirkan anggota dalam mengendalikan senjata api kecil, memberi pendedahan berkenaan tatacara pengendalian senjata dalam situasi sebenar dan meningkatkan tahap kemahiran anggota dalam teknik penembakan dalam acara Precision dan Falling Plate.

Di samping itu, program ini turut memainkan peranan memupuk semangat berpasukan serta mengukuhkan ikatan silaturahim antara satu sama lain.

Latihan menembak dimulakan dengan sesi latihan tembakan Precision dan Falling Plate pada jarak 15 meter bagi senjata jenis Glock 19. Selepas itu, sesi latihan tembakan bagi senjata HK UMP dan MP5 turut diadakan pada jarak 30 meter.

 

WhatsApp Image 2021 10 28 at 11.35.26 AM   WhatsApp Image 2021 10 28 at 11.35.23 AM  
       
       

LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE ABU BAKAR MARITIME BASE

KOTA TINGGI, 29 Oktober - Abu Bakar Maritime Base (ABMB) yang berdiri megah di atas batuan tengah sepanjang 316 meter, yang terletak 8 batu nautika dari tenggara Johor menerima Lawatan Kerja Rasmi Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Delegasi seramai 10 individu diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, YBhg Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KDN, YBhg Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa diiringi oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil bin Mat Som dengan menaiki dua pesawat AW139 Maritim Malaysia telah berlepas dari Stesen Udara Maritim Subang jam 8.15 pagi dan mendarat di ABMB tepat jam 10 pagi tadi.

Lawatan kerja yang dilaksanakan itu lebih memberi fokus kepada kesiagaan semasa serta kekangan yang dihadapi oleh pegawai dan anggota keselamatan yang bertugas di ABMB. Struktur yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan petugas seperti tapak pendaratan pesawat, rumah api dan jeti itu wajar diberi perhatian dari semasa ke semasa agar ianya kekal menjadi mercu kedaulatan perairan negara.

Selain dibawa meninjau struktur dan fasiliti ABMB, deligasi yang hadir turut mendapat taklimat menyeluruh oleh Pegawai Memerintah ABMB, Leftenan Komander Maritim Adzizul bin Latip. Turut serta dalam lawatan kerja rasmi tersebut ialah Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria serta beberapa lagi Pegawai Maritim dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

 

abmb 1    IMG 20211029 WA0017           
               
 IMG 20211029 WA0016   IMG 20211029 WA0023          
               

KURSUS 'MARITIME SCENE PRESERVATION' TINGKATKAN KEMAHIRAN PEGAWAI PENYIASAT MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 29 Oktober – Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Japan International Cooperation Agency (JICA), dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Japan Coast Guard (JCG)  telah menganjurkan kursus 'Maritime Scene Preservation Course 2021' peringkat Asia Tenggara secara maya yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 Oktober sehingga semalam.

Kursus ini dijalankan bertujuan melatih pegawai dan anggota Maritim Malaysia dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan siasatan di tempat kejadian serta pendedahan mengenai asas forensik.

Di samping itu, juga dapat meningkatkan kemahiran semasa menjalankan tugas di lapangan dalam mengumpul bahan bukti termasuk merakam foto dengan baik.

Kursus ini juga adalah salah satu medium ulangkaji kepada tim siasatan dengan mengadakan perbincangan bersama pakar forensik daripada Japan Coast Guard dan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kursus ini melibatkan hampir 100 peserta terdiri daripada Maritim Malaysia, wakil JICA serta wakil pasukan pengawal pantai dari Jepun, Filipina, Kemboja serta Vietnam dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim Kepten Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus.

 

 

POSTER WEBINAR CSI PPT final     GAMBAR KURSUS 2          
 WhatsApp Image 2021 10 29 at 10.14.58   WhatsApp Image 2021 10 29 at 10.14.57          
WhatsApp Image 2021 10 29 at 10.14.57 4   211810B9 CC48 42B5 9C7A E8CFB44F412F 1 105 c 1          
               
               
               

 

ZON MARITIM KUALA PERLIS MANTAPKAN KESIAPSIAGAAN ANGGOTA KENDALI SENJATA

KUALA PERLIS, 28 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telah menganjurkan Latihan Kemahiran Menembak senjata kecil jenis Glock 19, HK UMP dan MP5 yang diadakan di Lapang Sasar PDRM Kontinjen Perlis Mata Ayer, Arau, Perlis pada jam lebih kurang 8.00 pagi.

Latihan menembak ini melibatkan seramai enam pegawai, dua pegawai gunasama, 31 pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) dan seorang pelajar pelatih latihan industri membabitkan anggota yang bertugas daripada Unit Bot Zon Maritim Kuala Perlis menyertai program ini.

Latihan ini bertujuan memahirkan anggota dalam mengendalikan senjata api kecil, memberi pendedahan berkenaan tatacara pengendalian senjata dalam situasi sebenar dan meningkatkan tahap kemahiran anggota dalam teknik penembakan dalam acara Precision dan Falling Plate.

Di samping itu, program ini turut memainkan peranan memupuk semangat berpasukan serta mengukuhkan ikatan silaturahim antara satu sama lain.

WhatsApp Image 2021 10 28 at 11.34.14 AM    WhatsApp Image 2021 10 28 at 11.35.23 AM  
       
      WhatsApp Image 2021 10 28 at 11.35.27 AM   WhatsApp Image 2021 10 28 at 11.35.26 AM  

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC