window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); PENGARAH MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KONSULAT JENERAL REPUBLIK INDONESIA
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

PENGARAH MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KONSULAT JENERAL REPUBLIK INDONESIA

LANGKAWI, 16 MacPengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah telah menerima kunjungan hormat daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Pulau Pinang, Consul Consular Amita Pramasufi bersama empat tetamu pengiring iaitu Leftenan Komander Danial Andri Winanto, Sofyan Arief (Polri), Fahrian Fadillah dan Amal Ihwanudin di ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Pulau Langkawi pada 16 Mac lalu.

  WhatsApp Image 2021 03 16 at 12.22.10   

 

Pertemuan ini diadakan bertujuan bagi bertukar pandangan dan maklumat berkaitan isu-isu yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia dan mengeratkan hubungan sesama agensi penguatkuasaan antara negara serantau serta memperkukuhkan keselamatan di sempadan perairan kedua-dua negara.

 

  WhatsApp Image 2021 03 16 at 12.22.08   

 

Pada pertemuan ini juga ia turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zulinda binti Ramly serta pegawai-pegawai Seksyen Siasatan, Negeri Kedah dan Perlis.

Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC