PUTRAJAYA, 8 April – Seksyen Kerohanian dan Kebajikan, Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah mengadakan Program Motivasi Integriti Dan Forum Di Ambang Ramadhan bertempat di Auditorium aras 11, Ibu Pejabat Maritim Malaysia
Progam telah dilangsung seawal jam 9 pagi dan sebanyak empat slot pengisian ceramah iaitu oleh penceramah bebas Ustaz Syafiq Maslin, Ustazah Nazirah Abu Bakar, Datin Ustazah Naini Akmal Che Alias dan Kepten Maritim Hj Nik Kamaruddin bin Hj Yunoh. Antara objektif ceramah pada hari tersebut adalah supaya dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan kakitangan bahawa bekerja itu merupakan satu ibadah dan sudah pastinya diberi nilai yang tinggi disisi Allah, menanamkan keyakinan bahawa segala potensi diri harus diasaskan kepada ilmu, iman dan amal ke arah melahirkan individu yang kolektif dengan pembinaan spiritual, mental dan fizikal. Selain itu, ketakwaan umat islam kepada Allah SWT dengan keyakinan dan keikhlasan dalam bulan Ramadhan dapat ditingkatkan agar warga perkhidmatan Maritim Malaysia dapat peka dan bertanggungjawab terhadap bulan kebesaran islam serta memupuk perasaan cinta terhadap bulan ramadhan.
Program yang berakhir pada jam 5 petang itu diharapkan dapat menyemarakkan dan mensyukuri kehadiran bulan suci ramadhan disamping mengeratkan ukhuwah sesama muslim dan muslimah.
![]()
![]()
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

















.svg.png)

