VIRGINA, 18 OGOS – Dua Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim telah selesai menjalani Kursus Advanced Electronics Technician ‘C’ School yang telah diadakan di US Coast Guard Training Center, Yorktown, Virginia bermula 11 Julai dan berakhir 16 Ogos baru-baru ini.
Kursus intensif ini melibatkan 14 orang peserta terdiri daripada 12 anggota US Coast Guard (USCG) dan dua wakil Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) iaitu Laskar Kanan Maritim Muhammad Adib bin Mohamad Yusoff dan Laskar Kanan Maritim Mohd Shaikhul Rafjan Sani bin Zakaria.
Objektif kursus adalah untuk memberi pemahaman mengenai asas litar elektronik, menganalisis dan menyelesaikan masalah litar serta peserta dapat menguasai sistem papan litar dari segi bacaan analog dan digital serta pengiraan yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah litar elektronik.
Pendedahan dalam bentuk teori dan praktikal termasuk latihan pembacaan instrumen, penyelesaian masalah papan litar, dan aplikasi teknik penyelenggaraan sistem elektronik kapal bagi memastikan operasi yang cekap dan selamat turut dilaksanakan dengan matlamat mempertingkatkan kepakaran dalam elektronik analog dan digital bagi aplikasi maritim moden.
Penglibatan wakil Maritim Malaysia dalam kursus ini adalah selaras dengan komitmen agensi untuk memastikan anggota mempunyai kemahiran teknikal tinggi dalam menghadapi cabaran teknologi maritim terkini dan mengekalkan kesiapsiagaan operasi peralatan elektronik kapal.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

