LUMUT, 14 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat apabila menyertai pameran sempena Perhimpunan Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET), Lumut, Perak.
Program yang bermula pada 10 Julai dan berakhir semalam itu dirasmikan oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.
Jelas Mohd Zawawi, penyertaan Maritim Negeri Perak dalam perhimpunan ini dilihat sebagai platform terbaik untuk mendekati generasi muda, selain membuka ruang pendedahan awal kepada peluang kerjaya sebagai anggota penguat kuasa Maritim Malaysia.
Sementara itu, reruai Maritim Negeri Perak turut menerima kunjungan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, YBrs. Tuan Haji Ahmad Azam Shah bin Abd Majid yang meluangkan masa meninjau dan berinteraksi bersama pegawai-pegawai Maritim Malaysia.
Pameran berkenaan turut menjadi tumpuan lebih 1,000 ahli pengakap laut dari seluruh negara yang mengambil peluang mendapatkan informasi berkaitan peranan Maritim Malaysia serta operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di perairan negara.
Melalui penyertaan ini, Maritim Negeri Perak berharap ia dapat menyuntik semangat jati diri dalam kalangan peserta dan menggalakkan lebih ramai belia menyertai kerjaya beruniform yang mencabar dan penuh integriti.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

