BELURAN, 13 JULAI – Dalam usaha memastikan sumber perikanan negara terus mapan dan dinikmati oleh generasi akan datang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Pos Maritim Beluran tampil memperkukuh kolaborasi strategik bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menerusi Program Pelepasan Benih Ikan di perairan Teluk Labuk, Beluran semalam.
Program yang menyaksikan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan komuniti tempatan itu menjadi platform penting dalam memperhebat inisiatif pemuliharaan biodiversiti marin, sekali gus mengangkat komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam menjaga khazanah laut negara.
Antara tetamu kehormat yang hadir termasuk Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, YB Datuk Samad bin Jambri @ Jamri, Timbalan Pengarah Perikanan Sabah (Pembangunan), Encik Mohd Yusoff Abdullah dan Pegawai Daerah Beluran, Tuan Roger Appolonius.
Manakala Maritim Malaysia pula diwakili oleh Pegawai Memerintah Kapal Maritim PERINGGI, Leftenan Komander Maritim Sabri bin Bahar, yang turut bersama menjayakan pelepasan benih ikan ke laut terbuka.
Terdahulu, program dimulakan dengan taklimat khas daripada pihak Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), diikuti dengan penyampaian insentif kepada pengusaha akuakultur marin, merupakan satu penghargaan kepada mereka yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi pesisir dan keselamatan makanan negara.
Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain memaklumkan, penglibatan Maritim Malaysia dalam program sebegini bukan hanya memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi, tetapi juga memperlihatkan keprihatinan agensi terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar laut.
“Kolaborasi erat ini selari dengan misi Maritim Malaysia untuk melindungi ekosistem maritim dan menyokong inisiatif lestari yang mampu memastikan perairan Beluran kekal subur dan produktif,” tegas beliau.
Tambah beliau, kehadiran Maritim Malaysia dalam program ini juga memberi mesej jelas bahawa aspek penguatkuasaan dan pemuliharaan perlu digerakkan seiring demi kelangsungan komuniti nelayan dan keselamatan maritim secara menyeluruh.
Pelepasan benih ikan di Teluk Labuk bukan sahaja menyemarakkan kehidupan baharu di dasar laut, malah membuktikan bahawa sinergi antara agensi dan masyarakat setempat mampu membawa perubahan besar kepada kelestarian laut Sabah.
Inisiatif ini dijangka menjadi contoh kepada daerah pesisir lain dalam menjayakan agenda pemuliharaan sambil membangunkan ekonomi komuniti maritim secara bersepadu.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

