SEPANGGAR, 20 NOVEMBER – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah hadir ke Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Laksana KM ARAU baru-baru ini.
Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik bersama Pegawai Memerintah KM ARAU, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Setempat (KKS).
Untuk rekod, mantan Pegawai Laksana KM ARAU, Komander Maritim Mahkos Anak Juing akan bertukar keluar ke Zon Maritim Miri sebagai Timbalan Pengarah Operasi, manakala tempat beliau telah digantikan oleh pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Komander Maritim Effendy bin Mohamed yang berkuatkuasa semalam.
Memetik ucapan Datuk Haji Mohd Rosli sebagai berkata, pengoperasian KM ARAU yang berterusan sepanjang tempoh dua tahun ini telah membuktikan aset strategik itu berupaya memastikan keamanan Laut China Selatan sentiasa terpelihara.
Beliau menambah, semua pegawai dan anggota Maritim Malaysia perlu mengekalkan komitmen dan kesiapsiagaan pada tahap tertinggi serta sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif untuk mempertingkatkan kewibawaan unit masing-masing.
Jelasnya lagi, sikap berintegriti dalam melaksanakan tugas perlu dikekalkan di samping kerjasama erat di antara satu sama lain perlu terus dijadikan amalan kerana ancaman dan cabaran sentiasa wujud ketika bertugas lebih-lebih lagi di perbatasan perairan negara.
Sebelum mengakhiri ucapan, beliau berpesan agar jangan mengkhianati pucuk pimpinan, bersikap setia dan menegur dengan berhemah sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang timbul secara berwibawa.
Majlis turut diserikan dengan sesi bertukar cenderahati tanda kenangan kepada mantan Pegawai Laksana KM ARAU, manakala sebagai tanda penghargaan terhadap Ketua Pengarah, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli; beliau telah menerima lencana KM ARAU (patches) secara tidak langsung simbolik sebagai sebahagian keluarga KM ARAU.
Turut hadir ke majlis itu ialah Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais, Komander Maritim Siti Khairunnisak binti Abd Aziz, Pengarah SWASLA, Komander Abdul Hakim bin Idris, ketua-ketua jabatan, para pegawai memerintah kapal, ketua-ketua bot dan anggota KM ARAU.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar oleh para hadirin bersama Ketua Pengarah.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

