GEBENG, 3 OGOS – Seramai 75 Pelatih Asas Laskar Kelas II Maritim Siri 17/2023 terdiri daripada 52 lelaki dan 23 wanita telah berjaya menjalani latihan 10 bulan bagi melayakkan mereka menjadi anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Gebeng, Pahang.
Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim berkata, sepanjang tempoh tersebut pelatih telah menjalani pelbagai latihan yang melibatkan kekuatan fizikal dan mental selain penerapan semangat berpasukan dan pengetahuan khusus dalam bidang pengoperasian kapal serta penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia.
Datuk Saiful turut berkata, setelah menjalani latihan berkenaan para pelatih seterusnya akan ditempatkan di kapal-kapal Maritim Malaysia bagi meneruskan fasa latihan sambil kerja (OJT) selama tiga bulan sebelum disahkan dalam perkhidmatan.
Ujar beliau lagi, ketika menjalani latihan tersebut para pelatih akan didedahkan dengan aspek praktikal pengoperasian kapal yang melibatkan pandu arah am, komunikasi, mengawal kebakaran dan mencegah kerosakan kapal serta latihan pemeriksaan penggeledahan kapal dan bot.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Laskar Kelas II Maritim Malaysia di sini hari ini.
Turut hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Mohd Norzam bin Mustapa, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan & Penyelarasan Maritim melaksanakan tugas Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Lefternan Komander Maritim Kehormat Prof. Chm. Dr. Marinah binti Mohd Ariffin.
Datuk Saiful turut menjelaskan, bagi menjadikan AMSAS sebagai pusat kecemerlangan antarabangsa, Maritim Malaysia telah melaksanakan kerja- kerja pembaikan dan penyelenggaraan fasilitinya bermula tahun lalu dengan nilai peruntukkan keseluruhan sebanyak RM1.3 juta.
Bukan itu sahaja, Datuk Saiful turut memaklumkan sejumlah RM11 juta telah diperuntukkan kepada AMSAS di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi menaiktaraf lapang sasar terbuka yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026.
Terdahulu Datuk Saiful telah menyampaikan anugerah khas kepada lima orang pelatih terpilih atas pencapaian yang cemerlang mereka semasa menjalani latihan. Anugerah dan nama pelatih seperti berikut;
i . Anugerah Terbaik Keseluruhan - Laskar Kelas II Maritim Mohd Aidil bin Shah berasal dari Kota Belud, Sabah.
- Anugerah Terbaik Laskarnita - Laskar Kelas II Maritim Nur Izyyati Shafiqah binti Sahibul Anuwar berasal dari Batu Caves, Selangor.
iii. Anugerah Terbaik Akademik - Laskar Kelas II Maritim Muhamad Syazwan bin Che Ghobi dari Kota Bharu, Kelantan.
- Anugerah Terbaik Kawad - Laskar Kelas II Maritim Mohd fizaliqram bin Mohd Yusof, berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
- Anugerah Terbaik Sukan - Laskar Kelas II Maritim Mohd Ridwan bin Rosli berasal dari Beaufort, Sabah.
Berdasarkan pertambahan jumlah anggota kali ini, keupayaan sumber manusia Maritim Malaysia turut mencapai sebanyak 87.9% daripada 5,403 jumlah perjawatan yang telah diluluskan.
Sementara itu Datuk Saiful dalam sidang media yang sama turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas termeterai persetujuan kedua-dua pihak antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Amerika Syarikat melalui Letter of Offer and Acceptance (LOA) bagi penyerahan kapal Ex - United States Coast Guard Cutter (Ex-USCGC) Steadfast.
Jelas beliau, penyerahan kapal berkenaan bakal menjadi aset penting bagi memperkukuhkan keselamatan Zon Maritim Malaysia khususnya di Laut China Selatan.
Kapal berukuran panjang 64.16 meter, mempunyai kelebaran 10.0 meter serta berat 1,100 tan ini boleh mengisi kapasiti seramai 12 pegawai dan 63 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dalam satu -satu masa dengan kelajuan mencecah sehingga 18 knot.
Kapal ini dijangka diterima setelah proses penyediaan di Baltimore, Amerika Syarikat selesai dan dibawa pulang ke Malaysia pada suku tahun pertama 2025.
Beliau dalam pada itu turut berkata, Maritim Malaysia juga akan memberikan komitmen dan mendokong penuh hasrat KDN dalam mengurus sumber manusia yang cekap serta memperkasakan keberadaan aset penguatkuasaan di laut selaras intipati yang ditekankan oleh Menteri Dalam Negeri dalam Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 bersama pemegang taruh semalam.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

