GEBENG, 27 JULAI – Seramai 19 orang pengamal media dari agensi media Negeri Pahang berpeluang dan dapat merasai pengalaman menembak senjata api kecil sempena Hari Bersama Media Peringkat Negeri Pahang di Lapang Sasar Tertutup, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab berkata, program ini diadakan bagi menghargai kerjasama dan sokongan berterusan daripada pihak media dalam menyampaikan berita mengenai Maritim Malaysia di samping memperkukuhkan hubungan antara pengamal media di negeri ini dengan Maritim Negeri Pahang serta AMSAS.
Beliau turut berkata, program ini juga dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif strategik bersama pihak media dan diadakan sempena Majlis Tamat Latihan Laskar Kelas II Maritim Siri 17/2023 yang akan diadakan di Padang Kawad AMSAS pada 3 Ogos 2024 nanti.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Hari Bersama Media Maritim Negeri Pahang dan AMSAS yang turut bertindak selaku tuan rumah di sini, hari ini.
Turut hadir sama Pemangku Pengarah AMSAS, Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah, Ketua Kluster Pengajian Operasi Maritim AMSAS, Kepten Maritim Sanifah bin Yusof, serta Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki.
Mazlan dalam ucapan yang sama turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pengamal media Negeri Pahang kerana banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam menyampaikan pelbagai berita kejayaan Maritim Negeri Pahang melalui penguatkuasaan dan CARILAMAT yang telah dilaksanakan sebelum ini.
Untuk rekod sepanjang tahun 2022 hingga Jun 2024 Maritim Negeri Pahang telah melaksanakan 17,925 pemeriksaan ke atas kapal dan bot di perairan Negeri Pahang dengan jumlah sebanyak 38 kes tangkapan telah direkodkan atas pelbagai kesalahan.
Sementara itu, Pemangku Pengarah AMSAS Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah turut menjelaskan AMSAS merupakan pusat latihan penguatkuasaan maritim bertaraf antarabangsa dengan memberi penumpuan kepada pengurusan berkualiti, penambahbaikan berterusan serta latihan yang efektif dan efisien.
Beliau turut memaklumkan AMSAS menyediakan fasiliti canggih dan lengkap serta mempunyai jurulatih (Pegawai Maritim Malaysia) yang memiliki sijil profesional mengikut bidang-bidang kursus yang ditawarkan seperti latihan pengendalian senjata api kecil, latihan mencari dan menyelamat (CARILAMAT), navigasi, latihan menggeledah, latihan renang, perisikan, penyiasatan, forensik dan lain-lain lagi.
Beliau juga berkata, berdasarkan kualiti latihan dan fasiliti terbaik yang dimilik oleh AMSAS, pusat latihan ini telah menerima pelbagai pengiktirafan antaranya persijilan MS ISO 9001:2015 dalam skop menyediakan latihan penguatkuasaan maritim dan CARILAMAT kepada peminta khidmat dari Jabatan Standard Malaysia (JSM) serta pengiktirafan sebagai Institusi Latihan di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
Program yang berlangsung hampir tiga jam ini berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati kepada semua pengamal media yang hadir.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

