PUTRAJAYA, 29 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia komited dalam mempertingkatkan kebolehan dan keupayan pegawai-pegawai wanitanya melalui penyertaan forum ‘Women In Law Enforcement’ anjuran Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia di Putrajaya, semalam.
Seramai hampir 100 orang pegawai-pegawai wanita daripada pelbagai agensi penguatkuasaan kerajaan dihimpunkan dalam majlis itu terdiri dari Maritim Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia bersama United States Coast Guard.
Majlis itu menampilkan wakil daripada Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zulinda Ramly sebagai panel, diikuti dengan Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ S. Sasikala Devi dan Komandan US Coast Guard, Admiral Linda Fagan bersama moderator, Director of International Affairs and Foreign Policy Advisor, Ms. Holly Haverstick.
Topik wanita dalam bidang penguatkuasaan menjadi perbincangan dan perkongsian samada dari moderator dan para peserta khususnya cabaran wanita dalam bidang penguatkuasaan disamping meningkatkan keyakinan serta kepercayaan masyarakat kepada keupayaan wanita melaksanakan tugas dibidang penguatkuasaan yang biasanya dimonopoli oleh pegawai dan anggota lelaki.
Menerusi forum itu, Laksamana Pertama Maritim Zulinda yang juga merupakan figura wanita pertama Maritim Malaysia yang diangkat sebagai Laksamana Pertama Maritim turut menekankan bahawa wanita turut memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan tugasan di laut meskipun tugasan itu merupakan satu cabaran.
Menurutnya, beliau menjadikan cabaran sebagai satu usaha untuk meningkatkan keupayaan diri ke tahap yang lebih tinggi dan ia juga sebagai inspirasi kepada wanita-wanita yang ingin berjaya dalam kerjaya ini.
Program tersebut turut disokong dengan hasrat Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim yang ingin memperkasakan pengupayaan pegawai dan anggota wanita dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

