KUANTAN, 6 MEI - Maritim Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023.Seramai 21 orang terdiri daripada pegawai dan anggota MN Pahang menerima sijil APC 2023.Dalam pada itu turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada Leftenan Madya Maritim Mohd Nasrul bin Md Nor yang dinaikkan pangkat ke jawatan Leftenan Maritim yang disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat Rejab.Tahniah diucapkan kepada pegawai dan anggota, semoga anugerah yang disampaikan ini dapat menyuntik semangat kepada warga MN Pahang untuk terus meningkatkan prestasi kerja.Seterusnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diadakan di Auditorium dan perkarangan Ibu Pejabat MN Pahang.Majlis dihadiri oleh Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin bin Ghazali, Ketua Polis Pahang, CP Datuk Seri Yahaya bin Othman, Pengarah Keselamatan Kerajaan (CGSO) Pahang, Encik Mohd Tanazi bin Kassim, Pengarah Penjara Penor, YM Raja Mohd Amazon bin Raja Daut, Pengarah RELA Pahang, PPJKR Amirul Imran bin Nordin.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

