PASIR PUTEH, 29 Mac – Maritim Negeri Kelantan telah melaksanakan Program Liputan Media Sempena Ramadan yang diadakan di sekitar perairan Kelantan dan Terengganu.
Program selama dua hari itu telah dihadiri oleh seramai 11 orang petugas media dari seluruh negeri Kelantan dan melibatkan lebih kurang 54 pegawai dan anggota Maritim Negeri Kelantan dengan menggunakan 2 aset laut Maritim Negeri Kelantan iaitu Kapal Maritim Tok Bali (KM Tok Bali) dan Kapal Maritim Jujur (KM Jujur). Turut hadir di program tersebut ialah Timbalan Pengarah (Logistik) Maritim Negeri Kelantan, Leftenan Komander Maritim Mohd Rahim bin Razali serta beberapa pegawai dari Pejabat Maritim Kelantan.
Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Amiludin bin Yenggah berkata, program kali ini merupakan salah satu usaha Maritim Negeri Kelantan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama disamping meraikan rakan-rakan media dengan memberi peluang kepada mereka untuk melhat dan merasai sendiri pengalaman para pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugas di perairan negara terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh dengan cabaran ini.
Tambah beliau, petugas media dapat mengambil peluang menemu bual pegawai disamping mendapat peluang untuk memahami isu-isu berkaitan keselamatan maritim serta cabaran dalam menguatkuasakan undang-undang di perairan negara.
Program ini turut dimeriahkan dengan sesi rakaman berbuka puasa dan seterusnya rakaman takbir Hari Raya sempena menyambut kedatangan bulan Syawal yang bakal tiba.
Maritim Negeri Kelantan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua wakil media diatas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program pada kali ini selain sentiasa menyampaikan informasi yang tepat dan berkualiti kepada masyarakat terutama mengenai peranan penting Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara ini.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

