KOK LANAS, 15 November – Maritim Negeri Kelantan mengadakan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) melibatkan pegawai dan anggota ibu pejabat Maritim Negeri Kelantan dan Pos Maritim Pengkalan Kubor bertempat di Lapang Sasar Bukit Merbau, Kok Lanas, Kelantan pada 14 dan 15 November 2023.
Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman berkata, program ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dan keyakinan anggota dalam melaksanakan tugas, memupuk sikap bertanggungjawab ketika mengendalikan senjata di samping mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama diantara warga Maritim Negeri Kelantan.
Syed Nor Adli menjelaskan, menembak juga memerlukan fokus dan disiplin yang tinggi kerana umum mengetahui tentang bahayanya senjata api sekiranya ia tidak dikendalikan dengan berhati-hati dan mempunyai disiplin yang tinggi.
Beliau berkata demikian pada majlis penutup Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin serta pegawai kanan Maritim Negeri Kelantan.
Pada ucapan yang sama Syed Nor Adli turut berkata, latihan berterusan secara berkala ini amat perlu bagi melahirkan warga Maritim Negeri Kelantan yang berkepakaran dalam mengendalikan senjata khususnya ketika operasi.
Katanya lagi program ini dilaksanakan bertujuan memantapkan keyakinan dan penguasaan anggota dalam teknik menembak yang terbaik.
Ujian kemahiran menembak kali ini melibatkan disiplin menembak Precision, pada jarak 5, 7 dan 15 meter.
Ujian menembak senjata api kecil menggunakan senjata dari jenis pistol Glock 19. Kemahiran menembak pegawai dan anggota turut diuji dalam mengendalikan senapang dari jenis COLT M16 pada jarak 100 meter.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

