KUALA LINGGI, 25 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah menggagalkan cubaan menyeludup lebih 26 kilogram dadah dipercayai jenis syabu ke negara jiran.
Rampasan dibuat berdasarkan maklumat risikan dan pengesanan mengenai aktiviti mencurigakan di perairan Tanjung Sepat, Selangor sekitar jam 10.00 malam pada 23 Mei lalu. Berikutan itu, aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi khas diatur gerak ke lokasi bagi mengesan dan memantau situasi serta suspek.
Semasa pemantauan, pasukan operasi telah menemui sebuah beg pakaian berwarna kelabu diletakkan dalam keadaan mencurigakan di tepi tebing pantai Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat, Selangor. Pemeriksaan di persekitaran lokasi tidak menemui sebarang suspek atau bot, dan dipercayai suspek telah melarikan diri. Manakala pemeriksaan ke atas beg mencurigakan itu telah menemui 26 paket berwarna kuning berisi hablur kristal yang disyaki dadah jenis syabu.
Kesemua dadah itu dipercayai sengaja ditinggalkan dan akan diambil oleh pihak seterusnya untuk diseludup keluar. Kesemua barang kes telah diserahkan kepada pegawai penyiasat dan akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Nilai keseluruhan rampasan lebih 26 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan sekitar RM1,040,000 dan dipercayai dadah ini boleh dibekalkan kepada lebih kurang 56,000 orang penagih.
KEPTEN MARITIM ISKANDAR BIN ISHAK
PENGARAH MARITIM NEGERI MARITIM NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBILAN
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

