KUALA LINGGI, 26 NOVEMBER – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah diberi tanggungjawab menyelaras OP TIRAI BIRU yang berlangsung selama dua hari bermula 24 hingga 25 November 2025, bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta tahap keselamatan di perairan Negeri Melaka walaupun berdepan dengan cabaran cuaca Monsun Timur Laut.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria berkata, operasi bersepadu yang julung kali dilaksanakan ini memberi tumpuan kepada pemantauan ketat di perairan termasuk pesisir pantai terhadap aktiviti mencurigakan serta penguatkuasaan undang-undang berpandukan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Operasi Bersepadu Keselamatan Menyeluruh (COMSEC) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Operasi ini membabitkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Briged Pertama Infantri Malaysia daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah serta Pasukan Polis Marin Wilayah 2 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka.
Taklimat Operasi Bersepadu OP TIRAI BIRU telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan semalam yang bertujuan memperincikan strategi operasi hari kedua termasuk penyelarasan rondaan, pengukuhan mekanisme perkongsian maklumat serta penetapan peranan setiap agensi.
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Komander Maritim Norrimi bin Hassan.
Secara keseluruhan, seramai 28 pegawai dan 73 anggota digerakkan dengan kekuatan 11 aset darat serta lima aset laut melibatkan rondaan, pemantauan serta tindakan penguatkuasaan sepanjang tempoh operasi.
Sebanyak 22 pemeriksaan dilaksanakan melibatkan vesel di laut serta kenderaan dan premis di pesisir pantai. Seramai 153 individu diperiksa yang terdiri daripada 56 warganegara dan 97 bukan warganegara, merangkumi 46 warga China, 23 warga Indonesia, 15 warga India, enam warga Ukraine, lima warga Georgia, seorang warga Pakistan dan seorang warga Bangladesh.
Daripada jumlah tersebut, seramai tiga individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Kerjasama strategik melalui OP TIRAI BIRU ini akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan perairan serta kedaulatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

