TAWAU, 15 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot kargo tempatan yang membawa sejumlah barangan berupa produk kesihatan dan ubat-ubatan terkawal tanpa sebarang dokumen yang sah pada pukul 2.10 petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin bin Ghazali berkata, kapal peronda Maritim Malaysia, KM KIDURONG yang sedang menjalankan rondaan Op Sejahtera dan Op Tiris telah berjaya mengesan seterusnya menahan sebuah bot kargo yang bergerak dalam keadaan mencurigakan dari perairan Tawau menuju ke perairan Wallace Bay.
Pemeriksaan ke atas bot kargo yang ditahan di kedudukan 1.1 batu nautika utara Sungai Salipar tersebut mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia 55 tahun bertindak sebagai juragan bot.
Penggeledahan ke atas muatan yang dibawa telah menemukan beberapa kotak yang disorokkan mengandungi produk kesihatan serta ubat-ubatan terkawal berada dalam bot kargo tersebut.
Pemeriksaan dokumentasi seterusnya mendapati, juragan telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran yang sah berkaitan muatan produk kesihatan dan ubat-ubatan terkawal yang dibawa serta tidak mempunyai daftar pengistiharan di dalam borang kastam.
Juragan, bot serta muatan tersebut seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Jualan Dadah 1952, Peraturan 7(1) serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM71 ribu.
Ariffin turut berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan produk kesihatan serta ubatan tersebut cuba diseludup keluar ke negara jiran bagi memenuhi permintaan pasaran luar.
Pihaknya juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti pemilik barangan tersebut dan modus operandi yang dijalankan bagi mengaut keuntungan dalam perdagangan secara tidak sah.
Penguatkuasaaan di kawasan Sabah Timur akan terus diperkasa secara optimum dengan rondaan dan pemantauan lebih kerap di kawasan titik panas bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.
Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan. Aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak tanpa mengira masa dalam menghadapi sebarang situasi di perairan negara.
Sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut, boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau kecemasan 999 untuk tindakan segera.
.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

