KUCHING, 7 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sarawak dengan kerjasama strategik Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan Operasi Bersepadu MARDOF 2025 bagi memastikan pemeliharaan sumber perikanan negara, khususnya di perairan negeri Sarawak, berjalan secara mampan dan berkesan.
Operasi yang dikenali sebagai Op MARDOF (Maritime and Fisheries Resources Defense Operation) merupakan sebahagian daripada pelan tindakan bersepadu kerajaan dalam menangani isu pencerobohan nelayan asing, aktiviti penangkapan ikan tanpa lesen, dan penggunaan peralatan menangkap ikan yang menyalahi undang-undang, yang memberi impak langsung kepada biodiversiti laut dan kesejahteraan nelayan tempatan.
Operasi ini melibatkan rondaan bersama dan pemeriksaan bot secara rawak di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta zon pantai, yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi terhadap aktiviti penangkapan ikan haram. Selain penguatkuasaan, pendekatan Op MARDOF turut menekankan aspek pendidikan dan pematuhan dalam kalangan nelayan melalui sesi penerangan undang-undang, garis panduan amalan lestari, dan dialog dua hala.
Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Mohd Khairi bin Abd Aziz berkata, kejayaan operasi ini adalah hasil daripada sinergi berterusan antara Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan, dengan sokongan komuniti nelayan yang semakin meningkat.
"Kita tidak boleh bercakap soal keselamatan tanpa mengambil kira pemuliharaan. Maritim Malaysia dan Jabatan Perikanan berkongsi tanggungjawab ini – demi laut yang selamat, lestari, dan berdaya huni untuk generasi akan datang," ujar beliau.
Dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, ancaman pencerobohan asing, dan eksploitasi berlebihan terhadap sumber laut, kerjasama antara agensi penguatkuasaan dan teknikal seperti yang dilaksanakan dalam Op MARDOF menjadi model terbaik ke arah pengurusan sumber marin negara secara menyeluruh.
Melalui pelaksanaan berterusan operasi seumpama ini, Malaysia bukan sahaja dapat memperkukuh kedaulatan perairan negara, malah menjamin kesinambungan hasil laut bagi kegunaan domestik dan eksport.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

















.svg.png)

