LUMUT, 4 JULAI – Tindakan tidak bertanggungjawab dua vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C yang melanggar syarat lesen kerana menangkap ikan pada jarak kurang 15 batu nautika dari pantai membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob memaklumkan, kedua-dua vesel itu menggunakan pukat tunda ditahan masing-masing pada sekitar jam 2.00 petang dan 3.25 petang di kedudukan 12.0 dan 13.0 batu nautika barat Pulau Buluh ketika kapal Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan rutin di perairan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati vesel berkenaan telah melakukan kesalahan kerana tidak memiliki kebenaran bertulis daripada Pengarah Perikanan Malaysia untuk menangkap ikan dalam kawasan kurang daripada 15 batu nautika dari pantai seperti yang ditetapkan dalam lesen vesel kelas C,” ujarnya.
Beliau menambah, vesel pertama dikendalikan oleh seorang tekong dan tiga awak-awak warga Thailand serta seorang warga Kemboja, manakala sebuah lagi dikemudikan oleh tekong dan dua awak-awak juga warganegara yang sama.
Kesemua kru bersama vesel, peralatan menangkap ikan, serta hasil laut yang dianggarkan berjumlah RM1,400 dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.
Maritim Malaysia akan terus komited mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menggugat sumber perikanan negara.
Beliau turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-683 2254 untuk tindakan dan maklum balas segera.
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

