window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP GANJA DARI NEGARA JIRAN MELALUI PERAIRAN KUALA PERLIS
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP GANJA DARI NEGARA JIRAN MELALUI PERAIRAN KUALA PERLIS

KUALA PERLIS, 3 JULAI – Cubaan sindiket dadah untuk menyeludup ganja melalui perairan Kuala Perlis berjaya digagalkan selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis merampas lebih kurang 170 kilogram ganja mampat awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, rampasan tersebut dibuat hasil risikan dan intipan yang dilakukan oleh Unit Risik Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) juga pemantauan selama beberapa hari oleh anggota bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis yang menjalankan rondaan rutin dalam Operasi AMAN dan pada akhirnya menemui sebuah sampan kayu tanpa nombor pendaftaran yang ditinggalkan di kedudukan 0.3 batu nautika dari barat Pulau Ketam, Perlis.

Tambah beliau, sampan kayu terbabit telah menukar haluan ke arah paya bakau sebaik melihat kehadiran bot ronda Maritim Malaysia sebelum berjaya dipintas dan ditahan. Bagaimanapun, seorang suspek nekad terjun ke laut meninggalkan bot dengan berenang ke kawasan paya bakau untuk melepaskan diri daripada ditahan.

“Hasil penggeledahan ke atas bot yang ditinggalkan telah menemukan lapan buah guni berbagai warna yang mengandungi 157 ketulan daun kering mampat disyaki ganja berada dalam bot kayu berkenaan,” jelas beliau lagi.

Romli turut memaklumkan, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah hampir RM900 ribu dan dipercayai jumlah dadah berkenaan adalah bagi kegunaan lebih 30 ribu penagih. Kesemua barang kes telah dibawa ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut oleh pegawai penyiasat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu kesalahan menyeludup dan mengedar dadah yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

“Ini adalah kes rampasan dadah pertama bagi tahun 2025 Zon Maritim Kuala Perlis. Siasatan bagi kes ini juga meliputi siasatan ke atas dalang utama sindiket yang dipercayai terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing yang berada di negeri Kedah dan Perlis,” tambah Romli.

Ahli-ahli sindiket penyeludupan dadah dikesan bergerak menggunakan bot fiber dengan enjin berkuasa tinggi dari negara jiran, tanpa nombor pendaftaran dan kemudiannya ganja dan dadah dipindahkan ke bot fiber enjin bergalah tempatan tanpa nombor pendaftaran dengan penglibatan segelintir nelayan tempatan untuk dibawa ke kawasan daratan.

Kedudukan geografi sempadan Malaysia-Thailand yang dekat di samping terdapat banyak jeti nelayan dan kawasan-kawasan paya bakau telah diambil peluang oleh para penyeludup menggunakan laluan laut untuk memudahkan pergerakan kegiatan penyeludupan mereka.

Orang ramai dan persatuan-persatuan nelayan diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan aktiviti penyeludupan yang berlaku bagi membanteras penyeludupan dadah dan daun ketum. Sebarang aduan di perairan Perlis, boleh disalurkan ke talian kecemasan 999 dan Pusat Operasi ZMKP 04-9851072 atau 04-9851162 untuk tindakan segera.

 

GANJA LANGKAWI7
 
GANJA LANGKAWI5
 
GANJA LANGKAWI2
Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC