window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); PERAIRAN NEGARA TERUS DIPERKASA MELALUI OP NAGA SARAWAK 2025
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

PERAIRAN NEGARA TERUS DIPERKASA MELALUI OP NAGA SARAWAK 2025

KUCHING, 21 JUN – Usaha bersepadu membanteras pencerobohan nelayan asing di perairan negara terus diperkasa menerusi pelaksanaan OPERASI NAGA SARAWAK Bil. 01/2025 yang telah dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sarawak bermula 18 hingga 21 Jun lalu.

Operasi ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Perintah Operasi OP NAGA Bil. 1/2024 yang menyasarkan aktiviti penangkapan ikan secara haram (IUU Fishing) oleh Vesel Nelayan Asing (VNA), khususnya dari Vietnam, di perairan Zon Maritim Malaysia.

Pelaksanaan operasi kali ini memperlihatkan penglibatan pelbagai aset strategik laut dan udara daripada agensi-agensi penguat kuasa negara seperti Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Gerakan Udara dan Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin, Jabatan Perikanan Laut Sarawak, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Sebanyak dua pesawat udara, empat kapal dan dua bot telah digerakkan dalam rondaan terkoordinasi meliputi sektor operasi yang dikenal pasti. Aset-aset utama termasuk KM SRI AMAN, KM BIJAK, KM SIAKAP, KD KERIS, PLC 4, PL40, pesawat Cessna Caravan, pesawat TUDM dari Labuan serta dron PDRM telah melaksanakan rondaan dan pemantauan dari udara dan laut secara bersepadu.

Menariknya, buat julung kalinya, operasi ini turut disertai oleh pasukan 'Sea rider' melibatkan komponen operasi dan sokongan daripada pelbagai agensi yang diatur gerak atas kapal Maritim Malaysia bagi memperkukuh keberkesanan pelaksanaan di laut.

Penyelarasan rapi turut merangkumi aspek prosedur kecemasan, keperluan logistik dan komunikasi taktikal yang mantap bagi memastikan kelancaran dan kecekapan operasi di lapangan.

Maritim Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang telah memberikan kerjasama dan komitmen padu. Operasi ini jelas mencerminkan iltizam Kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara, menjamin keselamatan komuniti maritim tempatan serta memastikan kelestarian sumber perikanan negara untuk generasi akan datang.

 

OP NAGA SWK
 
OP NAGA SWK3
 
OP NAGA SWK4
 
OP NAGA SWK2
Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC