PUTRAJAYA, 21 JANUARI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut baik hasrat Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, yang menegaskan kepentingan penggunaan teknologi terkini, termasuk Kecerdasan Buatan (AI) dalam membendung aktiviti jenayah dalam negara.
Menurut Datuk Haji Mohd Rosli, Maritim Malaysia sedang melaksanakan reformasi dalam mengaplikasikan teknologi moden seperti AI untuk meningkatkan keupayaan pengawasan dan penguatkuasaan di perairan negara.
“Sistem pintar yang dilengkapi AI dapat mengesan pola pergerakan yang mencurigakan, membantu kami bertindak lebih cepat dalam memintas ancaman seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, dan jenayah maritim lain,”
“Maritim Malaysia perlu bergerak seiring dengan perubahan teknologi moden, ini kerana pihak penjenayah kini turut cenderung menggunakan AI untuk tujuan aktiviti jenayah,” ujar beliau lagi.
Beliau berkata demikian selepas hadir pada Ucaptama Menteri Dalam Negeri bertajuk “Strengthening National and Regional Security: Navigating Peace and Resilience in a Complex World” sempena Asia International Security Summit & Expo 2025 (AISSE’25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Turut hadir sama Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah serta Ketua-ketua jabatan dan Agensi di bawah KDN.
Beliau dalam pada itu turut memaklumkan, sepanjang tahun 2024, Maritim Malaysia telah melakukan hampir 52,000 penggeledahan ke atas vesel yang disyaki dengan 1,317 tangkapan telah dilakukan.
Kata beliau lagi, daripada jumlah tangkapan tersebut, nilai hasil rampasan adalah mencecah hampir RM79 juta melibatkan aset dan barangan seperti petrol, diesel, barangan kawalan, dadah, rokok serta Vesel Nelayan Asing (VNA).
“Saya yakin dan percaya, apabila penggunaan teknologi terkini dipertingkatkan dalam sistem pengawasan sedia ada, jumlah tangkapan akan meningkat dan perairan negara semakin terkawal,” jelas beliau.
Sementara itu mengulas lanjut seruan Menteri Dalam Negeri agar “strategi berorientasikan komuniti” dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap keselamatan, Datuk Haji Mohd Rosli berkata, Maritim Malaysia komited untuk mendekati komuniti maritim seperti para nelayan dan masyarakat pesisir pantai bagi memperkukuh hubungan serta meningkatkan kerjasama yang baik dalam menjaga perairan negara.
Malah warga Maritim Malaysia sememangnya mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan komuniti maritim di segenap lapisan bermula daripada Ibu Pejabat, Maritim Negeri (MN) dan Zon Maritim (ZM).
“Untuk rekod, Maritim Malaysia telah melaksanakan 48 Program Sahabat Maritim di seluruh negara pada tahun 2024, ” jelas Datuk Haji Mohd Rosli.
Dengan pelbagai langkah strategik yang dirangka, Maritim Malaysia optimis dapat menyokong aspirasi Malaysia MADANI untuk mencipta negara yang berdaya tahan, selamat dan berdaya saing di peringkat global.
Selari dengan Pelan Perancangan Strategik Maritim Malaysia 2040 iaitu usaha untuk menjadikan Maritim Malaysia sebuah badan Coast Guard terbaik di dunia serta menjadi simbol kebanggaan dan kepercayaan rakyat.
Maritim Malaysia juga akan terus progresif tanpa henti bagi memastikan ia sentiasa bersiap sedia dan efisien dalam mendepani cabaran yang semakin kompleks serta dinamik demi keselamatan dan keamanan perairan negara.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

