KUCHING, 1 Oktober – Empat warga Indonesia mengaku bersalah membawa 10 unit tong gas (LPG) dan memiliki barang kawalan berjadual tanpa lesen dipercayai untuk diseludup keluar dari Malaysia telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Seksyen pada 29 September (Jumaat).
Barang kawalan berjadual yang dimaksudkan itu ialah sebanyak 1,644 kilogram gula pasir.
Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, kesemua empat warga Indonesia itu telah dikenakan hukuman penjara 20 bulan mulai dari tarikh tangkapan, 14 September 2023 lalu.
Deki Saputra, 44, Masfaruddin, 55, Aldi, 49 dan Ferdiansyah, 31 mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 di mana tertuduh dikenakan hukuman 12 bulan penjara dan Seksyen 20(1)(a) Ordinan Pengagihan Gas 2016 dengan dikenakan hukuman 20 bulan penjara, Hakim Saiful Bahari Adzmi memerintahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan secara serentak.
Dakwaan kes ini dikendalikan oleh Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia bersama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Kes ini merupakan kes pertama yang dituduh di mahkamah di bawah Ordinan Pengagihan Gas 2016 sejak ia dikuatkuasakan pada tahun 2021.
Susulan daripada kejayaan kes ini, pihak Maritim Negeri Sarawak memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim agar sentiasa membantu bagi melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah di laut menerusi aduan ke talian Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak (082-432544) atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

