14
Rab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

OP KHAS PAGAR LAUT DIAKTIFKAN SEMULA SEMPENA AIDILFITRI

PULAU PINANG, 8 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan semula OP Khas Pagar Laut di seluruh perairan Malaysia terutamanya di kawasan titik panas (hot spots) sempena musim perayaan Aidilfitri pada tahun ini bermula 9 April sehingga 30 April ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, operasi khas ini dilaksanakan bertujuan mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya dalam musim berkenaan.

“Penjenayah mungkin beranggapan penguatkuasaan undang-undang di musim perayaan agak longgar kerana sebahagian besar petugas keselamatan bercuti dan meraikan perayaan.

Justeru mereka mengambil kesempatan melakukan aktiviti jenayah seperti membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludupan kontraband serta barang-barang kawalan, pencerobohan, serta lain-lain jenayah berkaitan melalui jalan laut.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Op Khas Pagar Laut di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed, Pegawai-Pegawai Memerintah Kapal serta para pegawai dan anggota Maritim Negeri Pulau Pinang.

Datuk Saiful menambah, pihak Maritim Malaysia akan memperketatkan lagi kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di kawasan maritim negara terutamanya di sempadan Malaysia dan Thailand serta Indonesia.

“Sempena operasi pada kali ini, seramai 800 pegawai dan anggota penguat kuasa akan ditugaskan dengan kekuatan 45 buah pelbagai aset milik agensi bagi melaksanakan rutin rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara.

Maritim Malaysia turut bersiap sedia mengerahkan aset-aset berkenaan bagi melaksanakan tugas Carilamat sekiranya berlaku insiden kapal atau bot yang membawa penumpang asing dari negara ini untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut lebaran nanti.”

Pada tahun lalu, OP Khas Pagar Laut telah berjaya membuat sebanyak 63 kes tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan seperti kemasukan PATI, penyeludupan dadah, mercun dan pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA). Keseluruhan hasil tangkapan bernilai lebih kurang RM23 juta.

Untuk rekod Op Khas Pagar Laut dilaksanakan setiap tahun bermula 2016 dan ini merupakan tahun kelapan, melibatkan semua Maritim Negeri termasuk Zon Maritim.

Bagi memastikan kejayaan operasi pada tahun ini, Maritim Malaysia turut memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim (POMAR) di talian 03-89434001 serta mana-mana Pusat Operasi Maritim (PUSOP) negeri yang berhampiran di seluruh negara atau menghubungi Malaysian Emergency Response Services (MERS) di talian 999.

OP PAGAR 3   OP PAGAR 4   OP PAGAR LAUT 1
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC