PUTRAJAYA, 12 Januari – MV DAI CAT 06 yang dilaporkan hilang pada 9 Januari lalu masih belum ditemukan. Pencarian masih diteruskan oleh Badan SAR Nasional (BASARNAS) di perairan Natuna, Indonesia.
Kapal terbabit yang membawa muatan besi paip dilaporkan telah keluar dari Kampung Acheh, Perak pada 23 Disember 2022 lalu menuju ke Kuching, Sarawak dan sepatutnya tiba pada 31 Disember 2022.
OP CARILAMAT pada hari ini diteruskan dengan penglibatan sebuah bot daripada Kantor SAR Pontianak dan sebuah kapal daripada Kantor SAR Natuna, Indonesia.
Pencarian pada hari ini tertumpu di kawasan terakhir isyarat kecemasan Emergency Position Indicating Radio Beacon (EPIRB) yang dikesan oleh Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) menggunakan Sistem COSPAS-SARSAT.
APMM juga telah mengatur gerak aset di Maritim Negeri Sarawak bagi membantu pencarian di sempadan Malaysia - Indonesia di perairan Tanjung Datu sehingga ke perairan Kuching, Sarawak.
Selain itu, APMM juga masih menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah melibatkan kehilangan kapal ini.
Berikut merupakan senarai kru kapal MV DAI CAT 06:
- Mohammad Syafarizan Mohd Noor (Warga Malaysia, 24 tahun)
- Mohammad Suhaideh bin Sudin (Warga Malaysia, 22 tahun)
- Derrent Littor (Warga Malaysia, 22 tahun)
- Damai Papane Ole (Warga Indonesia, 57 tahun)
- Adi (Warga Indonesia, 46 tahun)
LAKSAMANA MARITIM DATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM
KETUA PENGARAH AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM)
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

