28
Sel, Mac

MAYAT WARGA RUSSIA TERJUN JAMBATAN DITEMUI

GEORGETOWN, 5 Disember – Pusat Operasi (PUSOP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, telah menerima panggilan daripada pemilik sangkar ikan Pulau Jerejak berkaitan penemuan mayat tersangkut di sangkar ikan Pulau Jerejak lebih kurang jam 1.42 tengahari tadi.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, sebaik menerima laporan tersebut, bot ronda KILAT 26 telah diatur gerak ke lokasi bersama beberapa aset dari agensi sahabat.

Hasil pemeriksaan awal yang dilakukan ke atas mayat mendapati, mangsa adalah seorang perempuan warga Russia berusia 34 tahun yang disyaki terjun laut dari jambatan pertama Pulau Pinang lebih kurang jam 2.35 awal pagi tadi di kilometer 5.4 arah Pulau menghala ke Perai dengan meninggalkan sebuah beg tangan beserta dokumen pengenalan diri di atas jambatan tersebut.

Terdahulu, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan Op CARILAMAT pada jam 6.55 pagi tadi berhubung kejadian ini dengan melibatkan aset agensi dari Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam untuk melaksanakan pencarian.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan disanitasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak Polis Perai untuk dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk proses bedah siasat serta siasatan lanjut.

Operasi CARILAMAT telah ditamatkan pada jam 3.00 petang berikutan penemuan tersebut.

Maritim Malaysia berterima kasih kepada agensi sahabat dari Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam yang turut serta membantu dalam kes penemuan tersebut.

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat perlakuan jenayah  daripada komuniti maritim serta kecemasan di laut boleh dilaporkan terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999.

5    6 
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC