Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah melaksanakan program Preventive SAR pada 9 Jun lalu, bersempena cuti sekolah di Pantai Chenang, Langkawi.
Pengarah Maritim Negeri Kedah Dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, Langkawi telah menerima jumlah pengunjung yang tinggi memandangkan Pulau Langkawi adalah tempat pelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi laut untuk pengunjung lakukan.
Pada program kali ini, MRSC Langkawi mengedarkan risalah keselamatan di laut kepada pengusaha-pengusaha sukan air seperti pengusaha jet ski, banana bot dan para sailing dan pengunjung yang berada di Pantai Chenang
Taklimat keselamatan yang diberikan antaranya adalah kepentingan penggunaan jaket keselamatan, sentiasa menyemak keadaan cuaca sebelum ke laut, penggunaan Personal Locator Beacon (PLB), sentiasa periksa keadaan vesel/bot sebelum keluar ke laut dan bawa peralatan keselamatan turut disampaikan kepada komuniti maritim selain menyerahkan pelekat nombor telefon kecemasan MRSC Langkawi kepada mereka.
Sementera itu, Maritim Negeri Kedah dan Perlis juga turut mengadakan pameran sempena Sambutan Hari Tibi Sedunia di Telaga Walk, Pantai Chenang.
Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Kedah Dan Perlis 04-9665307/ 9662750.
![]()
![]()