KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)
Kerajaan memandang serius usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan dengan matlamat agar perkhidmatan yang disampaikan sentiasa memenuhi kehendak dan harapan pelanggan. Selaras dengan perubahan persekitaran yang dinamik serta kehendak pelanggan dan pihak berkepentingan yang semakin meningkat memerlukan agensi sentiasa menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan, maka Kerajaan pada tahun 2009 telah menggantikan Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) kepada Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) pada 30 Mac 2016 telah memutuskan agar Panduan Mengenai KIK ditambah baik bagi meneruskan momentum pembudayaan inovasi dan kreativiti sektor awam dan seterusnya memberi peluang kepada segenap lapisan anggota sektor awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri dalam menghasilkan projek-projek inovatif yang berimpak tinggi.
Oleh itu, Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif ini diterbitkan. Sebagai peneraju agenda transformasi negara, sektor awam perlu memimpin inisiatif transformasi Kerajaan merentas semua sektor dalam negara. Proses transformasi yang dikehendaki dalam sektor awam perlulah bersifat inovatif dan kreatif melalui terjemahan penjanaan idea baharu yang membawa perubahan berimpak tinggi berteraskan kecekapan dan keberkesanan.
TAHUN
TAJUK
LAMPIRAN
Pekeliling-pekeliling/ Surat Pekeliling/ Garis Panduan/ Surat Arahan
2016
Pekeliling Tranformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 /2016
LAMPIRAN 2022
Garis Panduan KIK APMM 2022
LAMPIRAN Aktiviti KIK APMM
2018/ 2019
Ringkasan Ringkas Projek KIK APMM 2018 & 2019
LAMPIRAN 2021
Ringkasan Ringkas Projek KIK APMM 2021
LAMPIRAN 2022
Ringkasan Ringkas Projek KIK APMM 2022
LAMPIRAN