16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

VESEL NELAYAN INDONESIA HANYUT, DISERAH KEPADA INDONESIA

LUMUT, 19 OGOS – Maritim Negeri Perak telah menyerahkan empat nelayan warga Indonesia kepada wakil konsulat negara itu semalam selepas vesel yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin pada jarak 37 batu nautika barat laut Pulau Jarak pada sekitar jam 10.30 pagi, Khamis yang lalu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, penyerahan empat nelayan terbabit iaitu Alang, 19, Rinaldifahmi, 17, Muhammad Fafli, 17 dan Herpandi, 17 yang berasal dari Medan, Indonesia dilakukan di hadapan wakil konsulat negara itu iaitu Minister Counselor / Koordinator Fungsi Konsulat, Bapak Yoshi Iskanda di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak pada sekitar jam 12.00 tengah hari semalam.

Terdahulu Mohamad Shukri memaklumkan vesel berkenaan telah dikesan oleh kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL yang diketuai oleh Leftenan Komander Mohamad Fauzi bin Jamal yang sedang melaksanakan rondaan di kawasan perairan itu.

Pusat Operasi Maritim Negeri Perak kemudiannya telah menerima maklumat daripada Markas Pemerintahan Armada Barat, TLDM Lumut dan telah mengatur gerak aset KM MALAWALI yang diketuai oleh Leftenan Maritim Raja Muzaffar bin Raja Isa ke lokasi pertemuan bersama kapal TLDM pada jarak 33 batu nautika barat laut Pulau Pangkor, Perak bagi mengambil kesemua mangsa beserta vesel nelayan asing Indonesia tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Kesemua mangsa akan menaiki vesel mereka sendiri setelah kerosakan enjin berjaya dibaiki dengan bantuan staf Maritim Negeri Perak dan diiring KM MALAWALI sehingga ke sempadan perairan negara bagi memastikan keselamatan vesel dan kesemua kru selamat keluar dari perairan negara.

Penyerahan kesemua nelayan warga Indonesia ini mencerminkan hubungan baik yang sedia terjalin di antara Malaysia dan Indonesia dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan kedua-dua negara terjamin.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau talian kecemasan NG 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 08 19 at 9.29.07 AM
 
WhatsApp Image 2024 08 19 at 9.29.08 AM
 
WhatsApp Image 2024 08 19 at 9.29.08 AM 1
 
WhatsApp Image 2024 08 19 at 9.29.08 AM 2
Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC